Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”. Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui
Daripada Abi Dzar katanya : Aku telah masuk ke masjid ketika waktu tenggelam matahari (senja) dan ketika itu Nabi sedang duduk, baginda pun bersabda : “Wahai Abi Dzar, tahukah kamu ke mana perginya (matahari) ini?” Katanya : Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Nabi Bersabda : “Sesungguhnya ia pergi meminta izin kepada Tuhannya untuk bersujud, maka Allah mengizinkannya. Dan sesungguhnya seolah-olah dikatakan kepadanya, ‘Terbitlah kamu dari arah mana kamu datang’ Maka ia pun terbit dari sebelah baratnya.” Ia berkata : Kemudian Nabi membacakan (sepotong ayat) : Dan demikianlah tetap baginya. Ia berkata, demikianlah bacaan Abdullah Ibnu Mas’ud.
Keterangan :
Setiap hari matahari memohon kepada Allah agar dapat bersujud kepadaNya, dan Allah mengarahkan matahari pulang ke timur sehingga sampai kembali ke barat. Lalu matahari memohon agar dapat bersujud lagi. Maka Allah mengizinkannya dan mengarahkan ia beredar ke timur. Demikianlah setiap hari sehingga kelihatan di bumi ini dipenuhi dengan kemaksiatan, serta mereka tidak mempedulikan ajaran dan nasihat. Atau sudah tiada lagi yang memberikan peringatan dan nasihat serta manusia sudah tidak mengambil berat lagi hukum-hukum Allah dan RasulNya. Maka, matahari memohon kepada Allah agar terus bersujud dan tidak kembali lagi ke dunia ini, lalu Allah mengizinkannya bersujud di bawah Arasy selama beberapa malam.
Kata ulama : Setelah matahari tetap bersujud kepada Allah selama tiga hari di bawah Arasy, maka malam menjadi sangat panjang. Dan keadaan itu tidak disedari melainkan mereka yang bangun bertahajud pada tengah malam serta mengamalkan zikir dan aurad (amalan-amalan zikir), serta mereka melaziminya setiap malam. Sehingga pada malam tersebut, mereka yang telah selesai menjalani ibadah mendapati fajar tetap tidak terbit. Lantas mereka kembali menyambung ibadah dan setelah selesai, seperti biasa mereka keluar melihat keadaan langit dan bintang dan keadaannya tetap sama. Lantas mereka yakin bahawa ini adalah alamat kiamat, maka mereka saling mengkhabarkan kepada sesama mereka sehingga semua manusia berkumpul di masjid; menangis dan memohon pertolongan Allah.
Setelah cukup tiga hari itu maka matahari pun terbit, namun Allah mengarahkan agar ia terbit dari arah barat. Maka semua manusia mengetahui itu adalah alamat kiamat. Lantas menangislah semua ahli langit dan bumi. Ketika itu berseru suara dari langit, “Bukankah matahari itu terbit dari barat?” Maka manusia seluruhnya menangis serta dengan rendah diri memandang ke langit. Mereka melihat cahaya matahari dan bulan sangat berbeza, tidak seperti biasa. Sesungguhnya tidak berguna lagi tangisan pada hari tersebut.
The Truth will set us Free













