Sunday, 3 February 2013


90 % berfikiran kolot tentang
makhluk  bermata satu
Umumnya masyarakat Islam atau lebih
tepat lagi 90 % berfikiran kolot tentang
makhluk bernama bermata satu atau lebih dikenali dunia dengan nama DAJJAL serta saat-saat
kemunculannya. Apakah yang
dimaksudkan dengan KOLOT ? Apakah
kaitannya dengan masyarakat Islam?
KOLOT bermaksud ‘ jumud ‘ atau
ketinggalan zaman atau lebih tepat lagi
‘ cara lama ‘. Manakala ‘Berfikiran Kolot’
pula ialah memikirkan sesuatu perkara
dengan ‘cara lama’ (old style) dan
langsung tidak memperbaharuinya.
Sebagai contoh, sepasang suami isteri
Muslim yang berpendidikan tinggi dan
moden mendapati anak mereka sakit
demam yang berpanjangan walaupun
sudah banyak kali berjumpa doktor. Tanpa
berfikir panjang mereka mengesyaki anak
mereka terkena sampuk syaitan atau
perbuatan orang yang mana kebetulan
juga mereka tidak berapa baik dengan
jiran sebelah rumah.
Maka pasangan tersebut telah membawa
anak mereka berjumpa bomoh.
Memandangkan pasangan tersebut orang
kaya, maka adalah sukar seorang bomoh
untuk mengatakan ‘anak mereka sakit
biasa saja’ , peluang terbaik untuk
mendapat income lebih ialah mengatakan
‘anak anda kena buatan orang’ .
Itulah cara pemikiran kolot orang Islam,
sudah belajar tinggi-tinggi masih mencari
bomoh yang tiada sijil SIRIM itu. Begitulah
juga tentang hal ehwal Dajjal . Umat Islam
masih memikirkan Dajjal seperti berikut ;
A. Gambaran paling kolot !
Digambarkan bermata satu dan
bertanduk serta berbadan besar.
Digambarkan sebagai raksasa yang
ganas.
Digambarkan seperti raksasa yang
berjalan di atas permukaan bumi
dan memijak semua rumah-rumah.
B. Gambaran kolot !
Dajjal digambarkan orang bermata
satu yang datang dengan tentera-
tenteranya di atas satu kapal
angkasa.
Dajjal digambarkan memaksa setiap
orang yang dijumpainya supaya
mengaku dirinya sebagai tuhan.
Dajjal digambarkan suatu manusia
yang berperwatakan ganjil dan
keadaan fizikalnya yang menakutkan
serta suka membunuh semua orang
yang dijumpainya.
Setelah berfikiran seperti A dan B, umat
Islam secara sendirinya cuba membentuk
pula jalan penyelesaian masing-masing
terhadap persoalan, “ apa aku nak buat
jika Dajjal datang kepada ku?”
Berikut pemikiran kolot umat Islam
tentang jalan penyelesaian menghadapi
Dajjal;
A. Penyelesaian paling kolot !
“Apa aku nak takut! Jika dia paksa
aku, aku tetap akan berlawan jika
aku mati nanti, aku akan mati syahid
macam sahabat nabi“
“Aku akan pastikan tempat
persembunyian aku tidak diketahui
Dajjal.”
“Aku akan pastikan tempat
sembunyi aku di bawah tanah
kerana rasaksa Dajjal itu tak boleh
nampak dengan jelas”
B. Penyelesaian kolot !
“Kalau Dajjal suruh mengakui dia
sebagai Tuhan, aku akan angguk saja
supaya dia tak bunuh aku. Tetapi
hati aku tetap akan berniat dia
bukan Tuhan, kalau tidak murtadlah
aku.”
“Kalau Dajjal paksa aku mengakui dia
sebagai tuhan, baik aku ikut sahaja.
Lepas tu kalau aku jadi orang dia,
aku akan cari peluang bunuh dia.”
Itulah pemikiran-pemikiran kolot yang
dapat penulis kumpulkan. Dan banyak lagi
pemikiran kolot yang tak dapat penulis
tuliskan kerana terlalu banyak yang
merapu dan tidak masuk akal.
Gaya Berfikir Kolot Memudahkan Kerja
Dajjal?
Jika umat Islam mempunyai fikiran seperti
A dan B, manakala jalan penyelesaian juga
seperti A dan B, seronoklah Si Laknat itu.
Mungkin ada yang memikirkan bahawa
Dajjal tidak tahu cara berfikiran kolot di
atas. Mana mungkin tidak! Dajjal
dimudahkan oleh Allah SWT untuk
melakukan kerja-kerja terkutuknya.
Dajjal ditakdirkan Allah untuk mendapat
bantuan dari Iblis dan sekutu-sekutu
syaitan. Di dalam diri manusia mempunyai
nafsu yang sememangnya dikuasai oleh
syaitan untuk menyesatkan iman kita.
Memandangkan gerak kerja Dajjal dibantu
syaitan dan Iblis adalah tidak mustahil apa
yang difikirkan manusia dilaporkan oleh
syaitan untuk tujuan kajian Dajjal.
Dajjal akan mengumpulkan semua
pemikiran manusia untuk dibuat satu
kesimpulan yang khusus. Jika sekiranya
Dajjal mendapat maklumat bahawa 90
peratus golongan remaja meminati dunia
hiburan atau lebih cenderung kepada
muzik. Maka Dajjal akan melaksanakan
suatu bentuk penyelidikan bagaimana
untuk mempengaruhi pemikiran remaja
melalui muzik.
Dengan bantuan syaitan ini, Dajjal lebih
mudah juga untuk memikirkan bagaimana
untuk menerapkan nilai-nilai kesyaitanan
dan pemujaan terhadap dirinya melalui
muzik dan hiburan. Untuk memaksa
manusia menyembah Dajjal secara terang-
terangan adalah sukar, kerana masing-
masing mempunyai agama sama ada
Islam, Kristian, Yahudi atau sebagainya.
Tetapi untuk membuat manusia
mengakuinya sebagai tuhan tanpa
manusia sendiri sedari adalah suatu
perkara yang mudah. Jika aspek hiburan
adalah senjata, maka hiburanlah yang
perlu kita ambil peduli dan berhati-hati.
Ingatlah wahai saudara-saudara sekelian,
raksasa atau makhluk aneh yang anda
tunggu-tunggu tidak akan kelihatan
sampai bila-bila. Apa yang pasti, yang
akan muncul nanti ialah seorang manusia
yang kelihatan normal, berpendidikan,
prestij, berkaliber dengan gaya ahli politik
yang luar biasa. Manusia itu bernama
Dajjal. Kenyataan ini telah banyak
dibahaskan oleh kebanyakan pemikir-
pemikir Islam dan Barat.

Cara ia memunculkan diri dan hari
kemunculannya tidak diketahui melainkan
konco-konconya yang terdiri dari kalangan
pemimpin-pemimpin beberapa negara
Eropah, billionaire dan ketua agama
Yahudi. Saat ia muncul, semua umat Islam
tidak menyedari kerana umat Islam masih
memperhatikan manusia yang bermata
satu, berbadan besar dan tertulis KAFIR di
dahinya. Semua itu tidak kelihatan.
Walaupun hadis mengatakan Dajjal
dengan ciri-ciri mata satu, berbadan besar
tetapi semua itu boleh diubah Dajjal cuma
hanya pada keadaan tertentu yang
menampakkan ia begitu. Dan itulah
tujuan hadis disabdakan, untuk dikaji dan
diselidiki bukannya difahami secara luaran
sahaja.
 
Hanya yang dapat mengenali Dajjal adalah
konco-konconya dan ulama-ulama yang
zuhud yang mana mereka dapat menghidu
bau bencana akhir zaman ketika
kemunculannya itu.
Adakah Hiburan Senjata Ampuh
Dajjal ?
Ya, telah terbukti bahawa dunia berubah-
berubah secara serentak dari segi fesyen
dan alunan muzik melalui dunia hiburan.
Bermula dengan agogo, twist, rock N roll,
rock metal, hard rock, rap, reggae
hinggalah sekarang ini semuanya berlaku
secara serentak. Menghairankan ! Yakni
apa yang berlaku di negara maju sama ada
cara muzik dimainkan atau cara
berapakaian semuanya diikuti oleh
negara dunia kedua dan ketiga.
Dan sekarang ini, suatu era baru yang
diketengahkan Dajjal melalui konco-
konconya di Hollywood ialah ‘hiburan
realiti’. Rancangan bercorak ‘realiti’
semakin menular malah lebih cepat dari
virus H5N1 (Birdflu) ke dalam umat
Islam. Tak perasankah anda? Anda tentu
perasan…semua ini dilihat berlaku dengan
cepat dan Akademi Fantasia yang penuh
maksiat dan fantasi itu menjadi pelopor
sebelum Malaysian Idol dibawa masuk.
Seperti yang kita ketahui, konglomerat
hiburan dalam Malaysia adalah dikuasai
bangsa asing termasuklah semua stesen
TV (kecuali RTM). Maka seharusya kita
berwaspada dengan dakyah Dajjal semua
ini. 

Na’uzubillahiminzaalik…

No comments:

Post a Comment