QARIN
.
Pernahkah Anda dengar yang kita mempunyai kembar ghaib/atau dikenali sebagai Qarin?
Pernahkah Anda dengar yang kita mempunyai kembar ghaib/atau dikenali sebagai Qarin?
Tidak ramai yang mengetahui tentang
Qarin ini. Sebenarnya begitulah kehendah Allah s.w.t bahawa setiap
manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu
jin kafir yang menjadi teman kemana sahaja ia pergi baik malam mahupun
siang., mengajaknya melakukan kejahatan danj menahnnya daripada
melakukan ketaatan. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia ia
digelar Qarin.
Berikut adalah cara untuk melihat dan berjumpa beliau Qarin :
Ada 8 langkah:
Untuk mengimbangkan kekuasaannya maka Allah mengutuskan pula malaikat
yang mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah daripada melakukan
kejahatan. Maka manusialah yang membuat pilihan sama ada mentaati arahan
malaikat ataupun syaitan. Mafhum sabda Rasulullah s.a.w daripada
Abdullah bin Mas’ud r.a :
"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada
bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “
Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu
dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar
daripada rerumahnya (Aisyah), Aisyah berkata aku merasa cemburu,
tiba-tiba baginda berpatah balik dan dia berkata, wahai Aisyah apa
sudah jadi, apakah engkau cemburu? Aku berkata : Bagaimana aku tidak
cemburu orang seumpama engkau Ya Rasulullah. Sabda baginda apakah engkau
telah dikuasai oleh syaitran? Aku bertanya apakah aku ada syaitan,
sabda baginda bagi insan ada syaitan itu (Qarin), aku bertanya lagi
engkau pun ada syaitan Ya Rasulullah ? jawab baginda “ Ya” tetapi Allah
membantu aku sehingga Qarinku telah masuk Islam.
Di dalam hadis yang lain daripada Ibnu Umar r.a, mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
"Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara iaitu
pertama, syaitanku kafir, Allah menolong aku sehuingga dia Islam, para
isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan
isterinya membantu ia membuat kesalahan".
Kesimpulannya, Qarin in ada pada setiap orang baik dia seorang manusia
biasa mahupun para Nabi atau Rasul. Kesemua Qarin beragama kafir kecuali
Qarin Rasulullah s.a.w yang telah di Islamkan. Walau bagaimanapun,
malaikat turut diutuskan untuk mengimbangi peranan di antara dua makhluk
bagi kita memilih mana yang baik dan mana yang buruk.
Al Imam Nawawi r.a menghuraikan perkataan "اسلم" dalam dua pengertian :
- Baginda Rasul terselamat daripada kejahatan dan fitnah.
- Qarin itu menjadi Islam dan beriman justeru mengajak kepada kebaikan semata-mata.
Dalam hal ini, bagaimana pula kaum mslimin harus menghadapi golongan
Qarin ini? Adakah ia terpaksa tunduk dan patuh atas arahan mereka atau
sebaliknya? Sebenarnya kaum muslimin berkuasa ke atas mereka dan mampu
menjadikan mereka lemah dan tidak berdaya. Sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya daripada vAbi Hurairah r.a :
"Sesungguhnya orang mukmin boleh melemahkan syaitan sebagaimana
salah seorang di antara kamu melemahkan kudanya dui dalam perjalanan" .
Orang yang beriman boleh mengalahkan syaitannya, menyebabkan mereka
kurus dan penat melalui ketaatan kepada Allah seperti membaca Al Quran,
membaca Bismillah ketika makan, berpakaian dan sebagainya.
Ibnu Muflih Al Muqaddsi menceritakan : Suatu ketika syaitan yang
mendampingi orang yang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi
orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus sedangkan
yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus,
bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah, dia berzikir,
makan dia ingatkan Allah, apbila minum pun begitu. Sebaliknya syaitan
yang mengikut orang kafir itu pula berkata aku sentiasa makan bersamanya
dan begitu juga minum.
Berikut adalah cara untuk melihat dan berjumpa beliau Qarin :
Ada 8 langkah:
Mengapakah lapan dan tidak sembilan?
mari kita mulakan
1. Cabut 7 helai rambut kepala.
2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.
3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).
4. Gulung kain putih yang ada isinya tadi.
5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya hingga habis.
6. Air perahan tadi anda titiskan pada gulungan kain putih.
7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.
8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang, hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas, biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan kita kerjakan, dia tak boleh dilihat orang lain, cuma kita sendiri yang dapat berbual dan berbicara denganya.
P/s : Jangan takut! Dia pun makhluk Allah!jika anda ingin menundukkan nafsu berdebatlah dengannya,dan diakhir pendebatan dia akan mempersoalkan tentang kewujudan dirinya dan siapakah dirinya
katakuncinya ialah
AKU DAN KAU TIADA BEZANYA
JADILAH SEBAHGIAN DARI DIRIKU
KERNA AKU ADALAH KAU
DAN KAU ADALAH AKU
selepas dia hilang dari pendebatan itu
anda akan berasa luar biasa dari biasa
dan akan sentiasa tenang dalam beribadat
Insya'Allah


No comments:
Post a Comment