jika semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang,Aku takut aku lah orang itu
Wednesday, 8 May 2013
kenali pengikut al-mahdi
Pemegang bendera beliau (Hazrat Mahdi a.s.) AKAN MERUPAKAN SEORANG YANG MUDA daripada keturunan Tamimi daripada Timur.
(Al-Qawl al-Mukhtasar , fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar, p. 26).
SEBAHAGIAN DARIPADA PENGIKUT-PENGIKUT MUDA IMAM MAHDI (A.S.) AKAN MENJAUHKAN DAN MEMISAHKAN DIRI DARIPADA KELUARGA-KELUARGA MEREKA YANG TERPERANGKAP DALAM TIPU DAYA DAJJAL AKIBAT DARIPADA TEKANAN DAN ANCAMAN YANG MENIMPA KE ATAS MEREKA
Sepanjang lembaran sejarah, para pemuda yang beriman yang telah memilih jalan yang benar yang telah disampaikan oleh Nabi-Nabi yang telah diutuskan sebagai rahmat daripada Allah, yang telah membantu mereka dan beriman dengan Kitab-Kitab yang diturunkan oleh Allah, sering kali ditimpa pelbagai tekanan daripada orang-orang sekeliling mereka, terutamanya keluarga-keluarga mereka. Para pemuda ini akan mencintai Hazrat Mahdi (a.s) dengan sepenuh hati, yang kedatangannya di Akhir Masa diharapkan dengan rasa yang penuh gembira. Mereka akan mempercayai Imam Mahdi (a.s.) sebenar-benarnya sebagai seorang utusan suci yang diturunkan oleh Allah dan mereka akan hidup berdasarkan nilai-nilai moral al-Qur’an bersama mereka.
Para pemuda ini akan menerima pelbagai jenis ujian yang pernah menimpa orang-orang Islam yang lain sepanjang lembaran sejarah, seperti mana yang disebutkan dalam ayat ini: Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? (Al-Baqarah: 214). Maka oleh kerana itu, terdapat persamaan antara contoh-contoh yang disebut dalam al-Qur’an dan perkara-perkara yang menimpa sesetengah pengikut Hazrat Imam Mahdi (a.s.)
TELAH DIRIWAYATKAN DALAM SEBUAH HADITH BAHAWA PARA PENGIKUT IMAM MAHDI (A.S.) AKAN TIDAK MEMPUNYAI KAWAN SELAIN ANTARA MEREKA, SEHINGGAKAN JIKA MEREKA SESAT, TIDAK AKAN ADA SIAPA MENCARI MEREKA. INI MENUNJUKKAN PANDANGAN NEGATIF MASYARAKAT YANG TINGGAL BERSAMA MEREKA, KELUARGA MEREKA, DAN SAUDARA MEREKA TERHADAP MEREKA:
Dia berkata: Carilah mereka di penghujung dunia. Kehidupan mereka adalah sederhana, rumah mereka di belakang mereka, jika mereka hadir mereka tidak akan dikenali, JIKA MEREKA SESAT JALAN, TIDAK ADA SESIAPA YANG AKAN MENCARI MEREKA, JIKA MEREKA SAKIT TIDAK ADA SIAPA AKAN MELAWAT MEREKA, jika mereka ingin berkahwin, tidak ada siapa akan menerima lamaran mereka. SEKIRANYA MEREKA MATI, TIDAK ADA SIAPA YANG AKAN HADIR PENGEBUMIAN MEREKA. Mereka berkongsi harta benda mereka sama rata antara mereka dan melawat kubur masing-masing; impian mereka adalah sama, walaupun mereka tinggal di bandar yang berlainan.
(Sheikh Muhammad bin Ibrahim Nomani, al-Ghaybah al-Nomani, p. 23).
HADITH MENUNJUKKAN BAHAWA PARA PENOLONG HAZRAT MAHDI (A.S.) SEDIKIT BILANGANNYA SEPERTI PARA PENGIKUT NABI MUSA (A.S.) DAN PEMUDA AL-KAHFI.
Hukaym Ibn S’ad berkata: Saya mendengar panglima mereka yang beriman Ali (r.a) berkata: MASYARAKAT QAIM [HAZRAT MAHDI (A.S.)] ADALAH MUDA, DAN TIADA YANG TUA ANTARA MEREKA. Bilangan mereka sedikit seperti kohl di mata atau garam dalam makanan. Dan garam adalah sesuatu yang paling kecil dalam makanan.
(Sheikh Muhammad bin Ibrahim Nomani, al-Ghaybah al-Nomani, p. 374).
Hadith-hadith lain menunjukkan akan terdapat orang muda (orang muda di sini bukan bermaksud belia 30 tahun yang sudah menginginkan status quo dan sesuatu yang ‘praktikal’ untuk memuaskan keluarga, anak-anak dan isteri ‘tercinta’. Ini kerana seperti yang tersebut di atas, sekiranya mereka ingin melamar seseorang, maka lamarannya akan ditolak, menunjukkan mereka muda remaja bukan ‘remaja’ tua – pendapat malakian) yang akan berada di sekeliling Hazrat Mahdi (a.s.):
Hazrat Mahdi (a.s.) adalah SEORANG YANG MUDA daripada Ahl al-Bayt (daripada keturunanku (Rasulullah)). GOLONGAN TUA DI ANTARA KAMU TIDAK AKAN MENEMUINYA, TETAPI GOLONGAN MUDA AKAN BERHARAP UNTUK MENEMUINYA. Allah akan melakukan sebagaimana yang dikehendaki-Nya.
(Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir Zaman, p. 23)
Bendera Imam Mahdi akan dipegang oleh seorang ORANG MUDA yang KECIL dengan janggut yang sedikit dan berwarna kuning. (Janggut yang sedikit dan berwarna kuning menunjukkan dia sangat muda, bukan berjanggut putih yang menunjukkan usia yang sudah lanjut – pendapat malakian).
(Al-Qawl al-Mukhtasar, fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar, p. 51)
DI DALAM AL-QUR’AN, ALLAH MERUJUK KEPADA ORANG ISLAM YANG MENINGGALKAN KELUARGA-KELUARGA MEREKA ATAU MASYARAKAT YANG TINGGAL BERSAMA MEREKA KERANA TEKANAN DAN PENINDASAN YANG DIHADAPI MEREKA, SEPERTI:
(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).” (Surah al-Kahfi: 10)
Dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, nescaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian nescaya kamu tidak akan beruntung selama lamanya.” (Surah al-Kahfi, 19-20).
ORANG MUDA YANG BERIMAN DENGAN NABI MUSA (A.S.):
Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas. (Surah Yunus: 83).
NABI IBRAHIM (A.S) YANG MEMISAHKAN DIRINYA DARIPADA BAPANYA:
(Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa".
Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.
Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)". (Maryam, 46-48).
Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.(Al-Tawba: 114).
NABI NUH (A.S.) MENGASINGKAN DIRI DARIPADA ANAKNYA:
Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya.”
Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil". (Hud: 45-46)
NABI NUH (A.S.) DAN LUT (A.S.) MENGASINGKAN DIRI MEREKA DARIPADA ISTERI-ISTERI MEREKA:
Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): “Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam).” (Al-Tahrim: 10)
Sebagaimana yang kita lihat pada ayat-ayat al-Qur’an di atas, sekiranya orang-orang yang beriman dengan Allah dan ingin hidup dalam keredhaanNya, akan menerima tekanan dan penindasan daripada keluarga mereka dan masyarakat di sekeliling mereka, dan mereka akan meninggalkan keluarga dan masyarakat dan hidup berdasarkan nilai moral dalam Islam, dalam keadaan aman dan selamat dengan orang beriman yang lain. Allah memuji sifat ini dalam al-Qur’an.
SEBAHAGIAN SAHABAT NABI DI ZAMAN NABI KITA MUHAMMAD (S.A.W.) DITIMPA TEKANAN YANG BERAT DARIPADA KELUARGA MEREKA , DIPENJARA DAN DIZALIMI, SEMATA-MATA KERANA BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HIDUP BERDASARKAN NILAI MORAL AL-QUR’AN:
Ummu Gulthum Bin Ukda terpaksa hidup bersama penyembah berhala di Mekah selama tujuh tahun kerana tekanan keluarganya. Sejak dia berbai’ah dengan Rasulullah, dia, seperti orang Islam yang lain menerima pelbagai kezaliman dan tekanan. Dia terdedah kepada tekanan dan kezaliman terutama daripada ayahnya dan penyembah berhala yang lain agar dia meninggalkan nilai moral Islam. Walau bagaimanapun, dia merupakan contoh kepada orang Islam yang lain DENGAN MENINGGALKAN KELUARGANYA DAN PERGI BERHIJRAH SEORANG DIRI.
Mus’ab Ibn Umayr (r.a.) tetap mengunjungi Rasulullah secara rahsia, menyembunyikan keimanannya daripada keluarga dan rakan-rakannya. Tatkala keluarganya mengetahui dia secara rahsia menunaikan solat, beliau ditahan dan dipenjarakan oleh saudara-maranya sendiri, dan apabila terbuka peluang untuk berhijrah ke Ethiopia, DIA MENINGGALKAN KELUARGANYA DAN BERHIJRAH KE ETHIOPIA dengan kumpulan utama agar dapat hidup berdasarkan nilai moral Islam.
Hazrat Salama merupakan sahabat Nabi yang telah lama menerima perlakuan buruk daripada keluarganya kerana beriman kepada Allah. Walaupun beliau abangnya Harith beriman dan mengikuti Rasulullah (S.A.W), adik-beradiknya yang lain, Abu Jahl, As dan Khalid tidak menerima nilai moral agama yang diturukan oleh Allah dan menjadi musuh kepada terhadap adaik-beradiknya yang beriman. Salama diseksa dalam jangka masa yang lama oleh mereka yang dekat dengannya. Oleh kerana adik-beradiknya mencuba sedaya upaya untuk memaksa Salama meninggalkan nilai moral Islam, DIA BERHIJRAH KE ETHIOPIA AGAR DAPAT MENYELAMATKAN HIDUPNYA DAN DAPAT HIDUP MENGAMALKAN NILAI MORAL ISLAM SECARA BEBAS.
JELAS BAHAWA DALAM HADITH NABI MUHAMMAD (S.A.W) BAHAWA RAKAN-RAKAN DAN SAUDARA-MARA SEBAHAGIAN ORANG MUDA YANG BERSAMA HAZRAT MAHDI (A.S.) DI PENGHUJUNG MASA, DI TATKALA KEROSAKAN YANG DISEBABKAN OLEH DAJJAL SAMPAI KE KEMUNCAKNYA, MEREKA (SAUDARA-MARA ORANG MUDA PENGIKUT HAZRAT MAHDI) AKAN MEMUJUK MEREKA UNTUK MENGIKUT JALAN DAJJAL.
Adalah jelas bahawa sebahagian pengikut Hazrat Mahdi (a.s.) yang menerima tekanan akan bersikap sama terhadap orang-orang beriman yang lain:
Sebahagian kerosakan yang dibawa oleh Dajjal ialah ia akan berkata kepada seorang Badwi: “Adakah kamu akan percaya bahawa saya adalah Tuhanmu sekiranya saya menghidupkan kembali ibu dan ayahmu? Badwi itu berkata: “Ya.” Dua syaitan akan menjelma menyerupai rupa paras ibu dan ayahnya dan akan berkata: “WAHAI ANAKKU, IKUTILAH DIA. SESUNGGUHNYA DIA ADALAH TUHANMU.” (Hadith riwayat al-Tirmidhi.)
DALAM AL-QUR’AN, ALLAH MEMERINTAHKAN MANUSIA AGAR TIDAK BERSAMA TETAPI MENINGGALKAN MEREKA YANG INGIN MEMESONGKAN MEREKA DARIPADA JALANNYA, WALAUPUN MEREKA ITU ADALAH IBU, AYAH, ANAK-ANAK DAN ADIK-BERADIK.
Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Al-Ankabut:8)
Hai orang-orang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi wali(mu), jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Taubah: 23)
Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Taghabun: 14)
Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. (Al-Mujadalah: 22)
Sebagaimana yang dapat dilihat daripada ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith tersebut, SEBAHAGIAN ORANG MUDA YANG HIDUP DI ZAMAN HAZRAT MAHDI (A.S.) DAN MENGIKUTI PETUNJUK YANG BERGUNA INI UNTUK KESELAMATAN, akan menderita daripada perlakuan keluarga mereka, yang berada di bawah kawalan Dajjal, sebagaimana yang menimpa orang yang beriman di masa lalu, mereka (orang muda ini) akan memilih untuk “MENINGGALKAN DAN MEMISAHKAN DIRI” seperti yang diwahyukan Allah dalam al-Qur’an.
Allahua'lam..
Sumber: Harun Yahya
PESANAN
Kepada remaja-remaja sekalian, yang masih muda, 16, 17 tahun, ini adalah untuk anda. Ketika ini, kita sering mendengar di sana sini tentang keruntuhan akhlak remaja. Tetapi seperti yang diterangkan di atas, golongan seperti andalah yang akan mendokong kebenaran bersama Imam Mahdi a.s.
Ketika ibu bapa golongan remaja ini akan menghalang golongan remaja ini daripada mengikuti Imam Mahdi a.s. dan menyuruh golongan remaja ini agar lebih mementingkan ‘masa depan’ dan ‘kamu jangan memberontak’, ‘kamu darah muda’ ‘ibu yang sudah 30 tahun ini lebih makan garam dari kamu’ dan sebagainya, golongan remaja ini akan meninggalkan keluarga mereka untuk berjuang bersama Imam Mahdi, sebagaimana golongan muda di zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan golongan muda di zaman Nabi yang sebelumnya.
Pencarian kebenaran tidaklah menyebabkan anda memasuki lubang biawak seperti mana sesetengah golongan virtuous Elite yang thiqah mahupun yang casual. Pencarian kebenaran kadang kala menyebabkan anda berasa bersendirian, bukan kerana berasa diri anda terlalu sempurna, tetapi berasa letih melihat mereka golongan Virtuas Elite yang thiqah dan casual bergaduh kerana dedak ayam dan bertih jagung.
Ada di antara mereka mengatakan mereka mengikut Sunnah tetapi mereka buta tentang bid’ahnya mengisytiharkan perang terhadap khilafah yang memerintah umat Islam sebagaimana berlakunya terhadap Khalifah Uthmaniyyah. Mereka tidak nampak bid’ah menjalinkan hubungan diplomatik ‘give and take’ sebagaimana hubungan Saudi-Wahhabi dengan British dan sekarang sebagai client-state dengan Amerika. Ini merupakan kecurangan yang besar kepada umat Islam.
Kedua, golongan yang mengaku sebagai pengikut golongan yang ingin melakukan penyucian hati dan tariqat, tetapi mereka turut serta dalam perkelahian dedak ayam dan bertih jagung yang sudah didebatkan beberapa lama dengan mereka yang mengaku sebagai pengikut Sunnah. Jika Imam Ghazali masih hidup, beliau pasti akan menggeleng kepala, kerana beliau dahulu pun berasa terasing di ketika mana masyarakat ketika itu lebih suka bergaduh kerana hal-hal bertih jagung.
Ketiga, sesetengah daripada golongan yang sering mengatakan ‘usaha atas iman’ tetapi ada di antaranya menutupkan telinga mata dan telinga mereka tentang keperitan umat Islam yang menderita kerana tipu daya dunia dan musuh Islam. Dalam diri mereka tiada langsung semangat activisme. Ketika keluar berdakwah, mereka memakai pakaian Sunnah dan sederhana, tetapi di rumah mereka berderet kereta-kereta mewah yang kebanyakannya di beli secara riba’ dan backdoor riba’.
Kepada golongan muda, anda yang berusia 17, dan 18 tahun yang masih tidak mempunyai status quo dan masih bebas merdeka, pencarian anda dalam kebenaran bukanlah perlu berakhir anda memasuki lubang-lubang biawak golongan-golongan ini yang ingin mengekalkan status quo masing-masing dan kekal dalam kumpulan masing-masing dan berasa gembira berada di dalam kandang masing-masing.
Kadang kala pencarian anda dalam kebenaran menyebabkan diri anda terasing, seperti mana yang dilalui Nabi Isa a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Ibrahim a.s, dan Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya. Malah di luar dunia Islam, kalau anda membaca sejarah Buddha, beliau juga keluar dan terpaksa melalui hidup yang terasing.
Maka bebaskan diri anda golongan muda daripada tipu daya dunia dan kembali kepadaNya walaupun sebanyak mana dosa yang anda lakukan dan berusaha meninggalkannya selama-lamanya.
the thurth will set us free
Thursday, 2 May 2013
fenomena di Segitiga Bermuda
Segitiga Bermuda
Segitiga Bermuda (bahasa Inggris: Bermuda Triangle), terkadang disebut juga Segitiga Syaitan adalah sebuah wilayah lautan di Samudra Atlantik seluas 1,5 juta batu persegi atau 4 juta km persegi yang membentuk garis segitiga antara Bermuda, wilayah teritorial Britania Raya sebagai titik di sebelah utara, Puerto Rico, teritorial Amerika Syarikat sebagai titik di sebelah selatan dan Miami, negara bahagian Florida, Amerika Serikat sebagai titik di sebelah barat.
Segitiga bermuda sangat misteri. Sering ada isu paranormal di daerah tersebut yang menyatakan alasan dari peristiwa hilangnya kapal yang melintasinya. Ada pula yang mengatakan bahwa sudah menjadi gejala alam bahwa sesiapa pun tidak boleh melintasi wilayah tersebut. Bahkan ada pula yang mengatakan bahwa itu semua akibat gangguan makhluk asing
Sejarah awal
Pada masa pelayaran Christopher Colombus, ketika melintasi area segitiga Bermuda, salah satu awak kapalnya mengatakan melihat “cahaya aneh berkemilau di cakrawala”. Beberapa orang mengatakan telah mengamati sesuatu seperti meteor. Dalam catatannya ia menulis bahwa peralatan navigasi tidak berfungsi dengan baik selama berada di kawasan tersebut.
Berbagai peristiwa kehilangan termasuk kapal-kapal besar dan kapal terbang di kawasan tersebut pertama kalinya didokumentasikan pada tahun 1951 oleh E.V.W. Jones dari majalah Associated Press. Jones menulis artikel mengenai peristiwa kehilangan misteri yang menimpa kapal terbang dan laut di kawasan tersebut dan menyebutnya ‘Segitiga Syaitan’. Hal tersebut diungkit kembali pada tahun berikutnya oleh Fate Magazine dengan artikel yang dibuat George X. Tahun 1964, Vincent Geddis menyebut area tersebut sebagai ‘Segitiga Bermuda yang mematikan’.
Kajian dari AfterDark pula dalam artikelnya MECCA, MEDINA & THE BERMUDA TRIANGLE menjelaskan banyak perkara yang tidak pernah terlintas di dalam pemikiran kebanyakan orang. Biar saya ulas sedikit tentang penulis tersebut. AfterDark mempunyai ramai rakan di kalangan pemikir dan pemerhati fenomena global dan sering berbincang setiap isu besar timbul. Itulah kelebihan AfterDark. Bagi saya dia juga seorang penulis yang hebat dan mempunyai style tersendiri dalam penulisannya. Artikel yang dikeluarkan dalam blognya banyak memberi input tambahan untuk memahami peristiwa yang berlaku disekeliling kita.
AfterDark cekap menulis dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris. Namun begitu, dia lebih selesa menulis dalam bahasa Inggeris memandangkan pembaca tulisannya dari seluruh dunia bukan sahaja dari Malaysia dan Indonesia. Ada juga satu dua artikel yang ditulis dalam bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu.
Salah satu artikel yang dikeluarkan kira-kira 2 tahun lalu telah saya siarkan semula di blog ini pada Januari 2010, Sekarang masih lagi dibaca dan menjadi antara artikel yang popular. Malaysia 2013 ?? unleash riots... moslems, ..must read Anehnya apa yang disebut dalam artikel itu menunjukkan bahawa AfterDark mempunyai sentuhan yang istimewa. Banyak kebenaran telah dapat beliau singkap untuk diketengahkan..Jangan hiraukan pegangan politiknya, ambil pengetahuan yang dikongsikan. Saya percaya beliau seorang yang jujur.
Cukuplah setakat itu.mengenai AfterDark. Dibawah ini saya paparkan terjemahan dari arikel asal AfterDark yang pernah saya siarkan sebelum ini. dan saya mmohon maaf jika terjemahan saya ini tidak memuaskan.
MEKAH, MADINAH dan SEGITIGA BERMUDA: Tiga Medan Tenaga Terkuat
Kita tinggalkan politik Malaysia untuk seketika dan melihat kepada beberapa perkara yang kelihatan seperti karut (nampak bodoh) yang saya benar-benar suka untuk berkongsi dengan orang-orang yang tidak keberatan membaca mengenai perkara paranormal.
Apa yang saya ingin berkongsi dengan anda adalah satu teori oleh sekumpulan orang (sudah tentu saya bercakap tentang kawan-kawan saya dalam “kumpulan pemerhati” (watchers group) ) mengenai Dajjal dan medan tenaga bumi.
Tetapi sebelum saya teruskan, saya perlu jelaskan sedikit mengapa saya menulis topik ini dari sudut pandangan sekular. Mungkin ada yang mula berfikir saya sedang menyebarkan heresy.Eventhough, harap tidak begitu. Kami dalam Kumpulan Pemerhati (Watcher Group) banyak membincangkan hal berkitan Dajjal / Antichrist, kami cuba cara yang terbaik untuk membincangkan hal ini dalam persekitaran sekular. Mengapa? Jawapannya mudah. Jika kita mula terlalu awal kemukakan Hadis dan Al-Quran sebagai bukti untuk hujah kita, akhirnya hanya orang Islam dalam kumpulan sahaja yang sedia mendengar idea-idea kita. Orang bukan Islam akan meninggalkan perbincangan kerana mereka tidak akan selesa dipersembahkan dengan teks agama pada awal perbincangan.
Mengasingkan mereka yang bukan Islam pada peringkat awal seperti itu akan menggagalkan tujuan dakwah. Maksud saya, bagaimana mereka dapat mendengar apa yang mahu kita katakan jika mereka meninggalkan korum pada peringkat awal, betul? Oleh itu, adalah satu idea yang baik memulakan topik perbincangan yang mereka rasa selesa, dan memperlihatkan isu Dajjal ini kedengaran seperti unsur berkaitan Sains.
Kami bermula dalam nada sekular, maka secara beransur-ansur menaik taraf hujah kami kepada mode agama sebelum akhirnya memuktamadkan dengan dalil dari sumber agama.
Hollywood telah melakukan perkara serupa selama beribu tahun. Mereka sentiasa memulakan filem dengan sesuatu yang sekular dan tidak menyakitkan hati, umpamanya bumi dimusnahkan oleh nyalaan suria sebelum mereka perlahan-lahan menyalurkan propaganda agama bawah sedar. Propaganda berbentuk ingatan bawah sedar disampaikan oleh hero (watak utama filem) mengeluarkan kata-kata seperti "Bible telah meramalkan sebelum ini .. yada yada yadai ". Dan ia berfungsi!! Bible sentiasa kedengaran hebat dan memberangsangkan dalam filem. Malangnya umat Islam tidak berjaya. Gagal menggunakan strategi yang lebih baik dari mereka. Saya tertanya-tanya mengapa?
Kembali kepada apa yang mahu saya tulis. Okay, di sini ada kuiz, ? Apakah Bermuda Triangle, Mekah dan Madinah mempunyai persamaan?
tik tok tik tok tik tok .. Buuzzzz! ... maaf, masa anda sudah tamat.
Adakah anda belum tahu lagi? Ketiga-tiga tempat tersebut dikatakan mengeluarkan medan tenaga yang sangat kuat.Segitiga Bermuda telah diketahui memancarkan medan elektromagnet yang kuat manakala Tanah Suci dikatakan oleh Dr, Abdul Baset Sayyid telah membebaskan tenaga radiasi yang kuat. Bukankah itu sesuatu yang menarik? Memandangkan bahawa kebelakangan ini ada tersebar teori yang sangat menarik tentang tempat-tempat yang berkaitan Dajjal.
Setiap kali kita bercakap mengenai Dajjal, Mekah dan Madinah, kita sudah tahu tentang satu hadith mafhumnya bahawa Dajjal dilarang daripada memasuki dua Tanah Suci iaitu Makkah dan Madinah.. Menurut hadith ini, tanah-tanah suci ini akan dikawal ketat oleh malaikat yang sentiasa menghunus pedang menyekat Dajjal dari menceroboh.
Baru-baru ini, terdapat teori yang sangat menarik tentang Dajjal dan Segitiga Bermuda. Muhammad Isa Dawud dalam bukunya "Al-Khuyut al-Khafiyyah baina al-Masikh ad-Dajjal wa asrar Muthallath Bermuda wa al-Atbaq at-Ta'irah" teori bahawa terdapat kerajaan rahsia yang diperintah oleh Dajjal di Segi Tiga Bermuda.
Saya tidak mempunyai peluang untuk membaca penuh keseluruhan buku tersebut (seseorang boleh email versi Bahasa Inggeris atau Melayu untuk saya?) Tetapi saya sendiri tidak dapat bersetuju pada masa ini dengan inti hujah Dawud tersebut. Maksud saya, jika Samiri adalah Dajjal dan Dajjal adalah Samiri (Samiri ialah lelaki misteri yang menipu bani Israel dengan anak lembu emas sebagai Tuhan palsu semasa ketiadaan Musa as) maka kenapa Dajjal tidak memerintah dunia sejak itu?
Kedua, hujah Isa Dawud tidak masuk akal dari perspektif hadith. Hadith dengan jelas menyatakan bahawa dalam sepanjang waktu kehidupan Nabi Muhammad saw, Dajjal dipenjarakan di sebuah pulau misteri dan dijaga oleh Al-Jazazah. Oleh itu, melainkan jika Dawud kemukakan teori mengapa semasa Musa as, Dajjal adalah seorang lelaki yang bebas dan semasa nabi Muhammad saw, Dajal tiba-tiba dirantai di sebuah pulau, maka saya tidak dapat menimbangkan idea bahawa Samiri dan Dajjal adalah entiti yang sama.
Ketiga, kepala lembu jantan syaitan "Moloch" telah di angkat sebagai Tuhan sejak zaman Sumeria lagi, sementaya replika Moloch selaku anak lembu emas hanya diperkenalkan kepada orang-orang Yahudi pada zaman Nabi Musa as. Sekarang, kita tahu bahawa Dajjal adalah seorang Yahudi dan ibu bapanya juga adalah orang Yahudi. Malah, kedua-dua ibu bapa Dajjal adalah penyembah anak lembu emas sejak sebelum Dajjal dilahirkan.
Oleh itu, garis masa antara maklumat kedua-duanya tidak sepadan antara satu sama lain. Jika ibu bapa Dajjal menyembah Moloch maka ini bermakna Moloch sebagai anak lembu emas telah diperkenalkan kepada orang-orang Yahudi pada masa Dajjal. Tetapi teks agama kita menunjukkan bahawa kali pertama orang-orang Yahudi diperkenalkan kepada tuhan anak lembu emas itu ialah pada hari-hari awal sebelum Exodus. Oleh itu, satu-satunya penjelasan yang waras adalah Dajjal dilahirkan selepas anak lembu emas telah diperkenalkan oleh Samiri kepada orang-orang Yahudi dan bukan sebelum itu. Itu sahaja sudah cukup untuk meyakinkan kita mengatakan bahawa Dajjal dan Samiri bukanlah orang yang sama.
Walau bagaimanapun, dari sudut pandangan sekular (teori sains moden), ada dibayangkan bahawa pulau Dajjal adalah terletak di dalam kawasan Segitiga Bermuda. Idea saya berdasarkan kepada fakta bahawa Bermuda Triangle terkenal kerana memancarkan medan elektromagnet yang kuat.
Sesaorang boleh terpenjara jika ada sesuatu yang menghalang dia daripada bebas (melepaskan diri), betul? Dalam dunia biasa, kebiasaannya kita merujuk kepada empat tembok-tembok yang dibina di sekeliling banduan itu untuk menghalang dia melepaskan diri. Begitulah juga kita perlu bina dinding atau pagar untuk menghalang sesiapa dari menceroboh ke halaman rumah kita.
Membina dinding biasanya kaedah yang paling murah dan praktikal. Walau bagaimanapun kadang-kadang terdapat banduan yang merbahaya, walaupun ada empat penjuru dinding, masih lagi tidak dapat dikawal dari bergerak masuk dan keluar. Oleh itu selain daripada mempunyai dinding, pengawal keselamatan (guards) bersenjata sepenuhnya diletakkan di seluruh kawasan yang dikawal. Jika ada banduan yang lebih merbahaya dari itu, memerlukan langkah lebih ketat memerlukan lebih ramai pengawal untuk memastikan keselamatan sentiasa terjamin sepanjang masa siang dan malam.
Fakta wujudnya bahawa medan tenaga yang dipancarkan dari Segitiga Bermuda, Mekah dan Madinah adalah sangat menarik jika sekiranya Segitiga itu adalah sememangnya benar pulau Dajjal .
Teori pertama sekular tentang perkara ini datang dari seorang warga Amerika dalam kumpulan kami - Kumpulan Pemerhati (tentu sahaja dia juga mengetahui cerita tersebut memandangkan cerita anak lembu emas dan kedatangan Dajjal juga telah disebut di dalam Bible). Dia mengatakan bahawa adalah munasabah perisai elektromagnet mampu bertindak sebagai sebuah tembok “mencegah Antichrist dari melarikan diri dari Segitiga Bermuda". Menurut beliau, dalam bidang perubatan terdapat sejenis penyakit yang dipanggil "neuropathic pain" yang boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat bagi sesetengah orang yang mengidap "Hipersensitivity Elektromagnetik" (EHS). Seseorang yang mengalami Hipersensitiviti Elektromagnetik ini akan sedaya upaya berusaha menjauhkan diri dari mesin MRI di hospital. Mereka juga akan berusaha mengelakkan diri dari beberapa perkara-perkara biasa yang lain seperti menggunakan laluan bawah tanah dan bercakap melalui handpone terlalu lama.
Ia adalah teori yang menarik, tetapi masih ia belum dapat menjawab persoalan mengapa Dajjal mampu bergerak ke semua tempat di dunia kecuali Mekah dan Madinah. Ya, kami dapat menerima pandangan tersebut, jika sekiranya Dajjal mengalami ekstrim EHS, apakah ada keterangan lain yang boleh menjelaskan mengapa dia tidak dapat melepaskan diri dari kuil di Segitiga Bermuda dan tidak dapat masuk ke Mekah dan Madinah.
Dalam usaha untuk melerai teori Dajjal yang dapat difikirkan melalui teori sekular, katakan benar teori Dajjal terpaksa menderita penyakit Hipersensitiviti Elektromagnetik (EHS) yang paling teruk, dapat menghalang dia daripada memasuki Mekah dan Madinah, tetapi kita tahu masih banyak tempat-tempat lain di dunia ini terdiri dari kawasan bawah tanah sepertimana di New York dan juga kawasan-kawasan berhampiran grid elektrik voltan tinggi. Jadi teori EHS tidak seiring dengan apa yang disebut dalam hadith yang menyatakan bahawa satu-satunya tempat terlarang ialah Mekah dan Madinah.
Tambahan lagi, jika benar bahawa Dajjal adalah penderita EHS, tentu segala masalah yang kita hadapi sudah pun selesai. Hanya perlu mendirikan beberapa ratus menara elektromagnet di kawasan sekeliling dan kita akan selamat dari ancaman Dajjal. Sepertimana yang kita tahu ia tidaklah semudah itu.
Oleh kerana rakan Amerika dalam kumpulan tersebut (watcher group) telah kemukakan hujah, sepatutnya ada ahli kumpulan dari kalangan orang Islam dapat kemukakan hujah yang lebih kukuh (dipersekitaran sekular). Jika tidak, kita tentu akan malu. Jadi, teori di bawah adalah yang terbaik dapat saya ketengahkan dalam masa singkat (sepontan).
Pada pandangan saya kehadiran medan elektromagnet yang kuat di tiga tempat ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran besar umat antara dimensi. Oleh itu jika orang Amerika berhujah bahawa medan magnetic itu adalah tembok (Wall), saya pula mengatakan bahawa ia mungkin berpunca dari kesan yang terhasil dari "pengawal keselamatan".
Mengapa saya mengatakan begitu?
Ia adalah satu pengetahuan yang biasa di kalangan penyiasat paranormal seperti pemburu hantu (ghost hunters) dan seumpamanya bahawa kehadiran makhluk antara dimensi boleh menyebabkan lonjakan mendadak bacaan elektromagnetik. Terdapat teori bahawa roh juga sebagai makhluk antara dimensi memerlukan tenaga untuk menyatakan kewujudan diri mereka dan meter EMF dikatakan dapat mengesan tenaga ini. Kita selalu melihat perkara berkaitan di televisyen di mana penyiasat paranormal sentiasa membawa bersama mereka meter EMF untuk mengukur derivatif (kadar perubahan) di persekitaran medan magnet (termasuk mengesan kehadiran roh atau hantu).
Hakikatnya semua makhluk di dunia ini memancarkan tenaga, ia telah disahkan oleh saintis Rusia yang diketuai oleh Semyon Davidovich Kirlian dan Dr. Konstantin Korotkov. Teknik mereka, yang dikenali sebagai Teknik Kirlian dan teknik Visualisasi Pelepasan Gas (GDV) adalah satu penemuan yang membolehkan mereka menangkap gambaran objek melalui satu kamera khas tenaga mental dan tenaga rohani yang berpunca dan dari individu, tumbuh-tumbuhan, cecair, serbuk, dan juga objek tidak tidak bernyawa.
Jika benar kehadiran makhluk antara dimensi boleh menyebabkan lonjakan tenaga dipersekitaran, maka lonjakan sama juga boleh berlaku disebabkan oleh kehadiran para malaikat di Mekah dan Madinah kerana malaikat juga entiti yang boleh di definisi sebagai entiti antara dimensi (inter-dimensional).
Saya rasa tidak ada keperluan untuk saya jelaskan apa yang membawa saya untuk mempercayai wujudnya perhimpunan besar-besaran malaikat di Mekah dan Madinah. Maksud saya, perkataan "Tanah Suci" itu sendiri seharusnya mencukupi untuk menyampaikan hujah saya. Saya telah membaca dengan penuh minat artikel di http//insanberdakwah.blogspot.com tentang makhluk antara dimensi. Artikel itu mengatakan bahawa bilangan malaikat di dunia ini begitu besar (berganda-ganda) berbanding bilangan manusia. Tentu nampak bodoh untuk kita menghitung dalam bentuk bilangan (kita mungkin bercakap tentang quintillions di sini).
Harus kita ingat bahawa para malaikat dijadikan dari Cahaya, maka menurut Heinrich Rudolf Hertz, 'cahaya' itu sendiri adalah sebahagian daripada sinaran elektromagnet dengan pelbagai frekuensi kira-kira 405 THz kepada 790 THz. Dalam soal fizik ia kelihatan kecil, tetapi bayangkan jika mendarabkannya dengan quintillion sumber-sumber terdebut pada satu-satu masa dan dari sini kita mempunyai teori mengapa Mekah dan Madinah memancarkan sejumlah tenaga besar yang amat luar biasa.
Saya fikir ia juga boleh diterima akal bahawa terdapat satu perhimpunan besar-besaran malaikat di pulau di mana Dajjal dipenjarakan. Kita sedang bercakap tentang banduan imortalyang paling merbahaya di dunia.
Jika jumlah tentera besar-besaran yang terdiri dari para malaikat dengan pedang terhunus untuk menghalang dia daripada memasuki Tanah Suci, maka adalah logik bilangan yang sama juga diperlukan untuk menghalang beliau daripada melepaskan diri dari pulau tersebut. Kita belum mengambill kira kemungkinan wujudnya berbilion-bilion makhluk antara dimensi yang lain (yang tidak suci) berkumpul berhampiran kawasan ini untuk mengesan banduan yang kita bicarakan ini.
Walau bagaimanapun, teori yang saya bangunkan ini tidak disokong oleh sebarang bukti, menjadikan artikel ini hanya sesuai untuk bacaan ringan seumpama membaca cerita fiksyen sains yang murah sahaja. Saya kemukakan hujah ini hanya kerana ia kedengaran seperti satu idea yang baik. Sebenarnya ia hanyalah bertujuan untuk menyelamatkan maruah kita orang Islam pada masa perbincangan itu. Maksud saya, jika orang Amerika itu boleh membawa teori yang menarik pada tempoh segera, tentulah memalukan jika tidak ada umat Islam yang boleh menawarkan alternatif. Jadi ia hanya untuk menjaga maruah ..ha ha ha ..
Sebenarnya, tiada siapa yang pasti mengapa Mekah, Madinah dan Segitiga Bermuda memancarkan tenaga yang besar. Kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan Dajjal, agak meyakinkan Segitiga Bermuda adalah lokasi di mana pulau misteri itu terletak dan kelihatan seperti satu kemungkinan yang terbaik. Kita dapati keadaan yang berlaku seolah-olah terdapat satu kuasa misteri yang mencegah manusia daripada menghampirinya. Bilangan kapal-kapal dan kapal terbang yang hilang agak banyak di Segitiga ini. Seolah-olah kapal-kapal ini telah mendekati satu kawasan rahsia yang terlarang di mana mereka telah ditenggelamkan atau ditembak jatuh untuk melindungi rahsianya.
Terdapat teori arus perdana yang mengatakan bahawa medan elektromagnet di Segitiga Bermuda begitu kuat sehingga mampu menarik kapal terbang dari ruang angkasa. Ini disokong oleh penemuan bangkai-bangkai kapal di dasar laut di sekitar kawasan tersebut. Mendengar cerita ini, teori yang saya bangunkan tidak dapat membantu tetapi saya teringat semula apa yang diberitahu oleh bos saya tentang perjalanannya mengerjakan Umrah ke Mekah baru-baru ini.
Beliau menunjukkan kepada saya satu video dimana dia dan sekumpulan penumpang lain dalam perjalanan dengan bas di pinggir Madinah, tiba-tiba bas tersebut menjadi berat seolah-olah ia bergerak menghala ke atas bukit. Kata beliau, ini adalah pengalaman biasa di kalangan pengusaha bas di Madinah. Kawasan itu betul-betul di pinggir Madinah (sempadan Tanah Haram) mempunyai reputasi enjin kereta terpaksa bekerja lebih keras. Kelihatan seperti bas yang dipandu mengharungi medan magnet gergasi
Satu lagi perkara mengenai Segitiga Bermuda, mengingatkan saya tentang Tanah Suci Elixir of Life (Fountain of Youth). Bagi orang-orang yang telah membaca artikel saya sebelum ini "Immortals", saya telah menjelaskan di sana bahawa Elixir merupakan motivasi sebenar di sebalik perjalanan Christopher Columbus ke New Amerika.
Pada suatu ketika dalam perjalanannya melalui Laut Sargasso dan Segitiga Bermuda, perkara-perkara yang luar biasa mula berlaku. Pada bulan September 1492 kompas pelayaran menjadi gila selama hampir sepanjang bulan dan sepanjang tempoh itu, Columbus menyaksikan satu fenomena ganjil. Apa yang beliau sifatkan sebagai "percikan api yang mengagumkan dari dari langit ke laut" “(marvelous branch of fire fall from the heavens into the sea”) pada 15 September. Kemudian pada 11 Oktober, 1492 dia melihat satu lagi cahaya di ufuk yang masih tidak dapat dijelaskan sehingga hari ini
Terdapat perdebatan hangat dalam Internet mengenai perkara ini. Apa yang boleh menyebabkan terpancarnya cahaya yang telah dilihat Christopher pada 11 Oktober itu. Menjadi satu tarikan untuk mengetahui bahawa sebelum cahaya itu kelihatan, sistem pelayaran mereka tidak berfungsi dengan teratur (menajdi gila). Ia berlaku pada bulan September, seolah-olah seperti ada sesuatu yang menghalang mereka daripada bergerak turus ke hadapan. Setelah mereka selamat melalui perjalanan yang berbengkang bengkok di kawasan tersebut, satu cahaya telah muncul pada bulan Oktober seperti ada seseorang menghantar isyarat kecemasan di langit memberitahu mereka bahawa mereka telah terlepas sebuah pulau.
Ada pendapat yang kukuh dalam sessi perbincangan ‘kumpulan’ (watchers group) ) ini tentang lokasi Elixir of Life terletak, ia berada di pulau yang sama di mana Dajjal dipenjarakan. Keadaan ini bolehlah menerangkan keadaan Dajjal (mengikut pandangan sekular) yang kekal hidup lama (immortal) dan sebab mengapa Christopher Columbus telah diarahkan oleh Ratu Isabella Castile untuk belayar ke sana yang berkemungkinan pula mendengar dari Ponce de León (Ponce de León kemudian menyertai Columbus sepanjang Voyage kedua semata-mata untuk mencari Elixir of Life ).
Elixir of Life adalah satu perkara yang menarik bagi saya, terutamanya saya mula terfikir tentang sifat-sifat penyembuhan air Zam-Zam di Mekah dan kisah-kisah yang saya dengar tentang kesan penyembuhan Tanah Suci ke atas penduduknya. Saya tidak tahu secara peribadi sama ada cerita-cerita ini boleh disahkan (saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk melaksanakan Umrah lagi) tetapi ibu saya tetap mengatakan bahawa dia berasa sangat sihat apabila dia melangkah masuk ke Tanah Suci. Pada masa ini ibu saya sedang merancang untuk menunaikan haji kali ke 3 dengan ayah saya. Ibu saya cukup yakin bahawa sebaik sahaja kedua-duanya tiba di Tanah Suci, masalah kesihatan ayah saya akan sembuh buat sementara waktu sepanjang tempoh mengerjakan haji.
Riwayat mengenai kelebihan air Zam-Zam yang memberi khasiat penyembuhan adalah seperti yang terdapat dalam Sahih Muslim di mana (mafhumnya) Rasulullah saw (keamanan dan rahmat daripada Allah ke atasnya) bertanya kepada Abu Zar ra, yang tinggal berhampiran Kaabah selama empat puluh hari dan malam ia memberi tahu baginda bahawa dia tidak makan sebarang makanan atau minuman selain daripada hanya meminum air Zamzam: Riwayat oleh Imam Muslim, 2473)..
Ibn al-Qayyim (mungkin Allah telah memberi rahmat kepadanya) juga pernah berkata:
"Saya dan beberapa orang lagi telah mencuba menyembuhkan penyakit melalui air Zamzam dan mendapati berlaku perkara yang menakjubkan. Saya juga sembuh dari pelbagai penyakit, saya telah sembuh dengan izin Allah. Saya menemui seseorang yang dipelihara dari kesukaran untuk setengah bulan atau lebih, dan dia tidak merasa lapar, dia melakukan Tawaaf bersama-sama dengan orang lain sama seperti yang mereka lakukan. Dia memberitahu saya bahawa dia hanya minum air Zamzam selama empat puluh hari dan beliau mempunyai kekuatan untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya, berpuasa dan melaksanakan Tawaaf berkali-kali ". Zaad al-Ma'aad, 4 / 319, 320.
Saya tidak begitu pasti sama ada tenaga bumi dan Elexir of Life (fountain of youth) ada hubung kait antara satu sama lain. Sama ada tumpuan tenaga bumi yang menyebabkan sifat-sifat penyembuhan (penawar) air zam-zam atau air itu sendiri yang mengeluarkan sinaran tenaga. Perkara ini terus kekal sebagai misteri.
Saya tahu bahawa Luciferians telah lama dilengkapi satelit dengan teknologi GDV yang membolehkan mereka melihat aura di seluruh dunia. Itu mungkin teknologi paling canggih yang pernah dicipta. Mereka bukan sahaja boleh melihat kita dalam mod penglihatan malam ataupun mod inframerah, malah mereka juga mampu melihat ke arah setiap sudud jiwa kita. Tidak keterlaluan jika kita kata melalui penambahan nilai (upgrade) Kirlian dan GDV terhadap teknologi ini akan dengan mudah membolehkan mereka melihat setiap makhluk antara dimensi yang mengembara di dunia kita
Saya rasa saya mula faham sekarang kenapa Imam Mahadi berada dalam keadaan orang biasa sebelum dia mencapai umur 40 tahun (di islahkan dalam satu malam). Jika Allah menjadikan dia istimewa sejak dari lahir, sudah pasti beliau dapat dikesan oleh satelit sebagai kanak-kanak lelaki muda dengan aura kepekatan tertinggi terpancar dari dalam dirinya. Ia akan menjadi sangat mudah untuk Luciferians dengan serta-merta menghalakan pengesan serta zoom terhadap dirinya dan membunuhnya sementara dia masih muda.
penghargaan untuk AfterDarkWriters
apa kaitan dengan keris?
Tolong beri jawapan kerana saya tiada jawapannya.
Mengapa Melayu tidak menggunakan pedang sebagaimana bangsa lain?
Sebaliknya terus menggunakan keris. Sesuatu yang pelik.
Apa itu Lorong waktu (worm holes)?
Dalam sejarah, manusia, kapal-kapal, pesawat terbang dan lain-lain sebagainya yang hilang secara misteri seperti yang sering kita dengar di perairan Segitiga Bermuda, sebenarnya adalah masuk ke dalam lorong waktu yang misteri ini.
Seorang ilmuan Amerika yang bernama Ado Snandick berpendapat, mata manusia tidak dapat melihat keberadaan suatu benda dalam ruang lain, itulah objektif keberadaan lorong waktu.
Dalam penyelidikannya terhadap lorong waktu ini, John Buckally mengemukakan teori hipotesisnya sebagai berikut:
* Keberadaan lorong waktu adalah bersifat kebendaan (material), tidak terlihat, tidak dapat disentuh, tertutup untuk dunia fana kehidupan umat manusia, namun tidak mutlak, karena kadang-kadang ia akan terbuka.
* Lorong waktu dengan dunia manusia bukanlah suatu sistem waktu, setelah memasuki seperingkat sistem waktu, ada kemungkinan kembali ke masa lalu yang sangat jauh, atau memasuki masa hadapan, karena di dalam lorong waktu tersebut, waktu dapat bersifat searah atau pun berlawanan arah, boleh bergerak lurus atau sebaliknya, dan bahkan boleh berada dalam keadaan diam membeku.
* Terhadap dunia fana di bumi, jika memasuki lorong waktu, berarti hilang secara misteri, dan jika keluar dari lorong waktu itu, maka ia muncul pula secara misteri.
Disebabkan lorong waktu dan bumi bukan merupakan sebuah sistem waktu, dan oleh kerana waktu boleh diam membeku, maka meskipun telah hilang selama 3 tahun, 5 tahun, bahkan 30 atau 50 tahun, waktunya sama seperti dengan satu atau setengah hari.
Meskipun beberapa teori dilontarkan, namun tidak ada yang memuaskan sebab munculnya tambahan seperti benda asing bersinar yang mengelilingi pesawat sebelum kontak dengan menara pengawas terputus dan pesawat lenyap. (sebahagian sumber)
Satu lagi misteri untuk dikongsi bersama. Masih banyak rahsia alam yang belum dapat diteroka oleh makhluk lemah bernama manusia. Namun malangnya dalam kegelapan kejahilan, sebahagian manusia ini begitu angkuh berdiri cuba memakai pakaian Tuhan dan mengaku mereka pandai dan tahu segalanya.
Tiga Titik Aneh
Cuba buat satu garisan melintasi mukabumi (secara kasar) dan bahagikan dengan angka 3 (mengapa 3? tak perlulah kita fikirkan), kita akan lihat ada tiga tempat yang mana dua darinya amat terkenal dan telah disentuh dalam artikel di atas. Satu titik lagi terus tersembunyi, walaupun ada yang cuba menyelongkarnya, namun ia terhenti begitu sahaja. Keganjilannya semakin bertambah dan siapakah yang berani (dengan ikhlas) cuba selesaikannya? Menghairankan, titik satu, sejuk tetapi panas di dalamnya, titik kedua panas diluar sejuk di dalamnya, bagaimana dengan titik ketiga yang pernah digelar Segitiga Naga? Bersifat panas-sejuk?
Semoga ada yang berani membuka rahsia ini.... atau ia akan terus kekal sebagai rahsia selamanya?
klik untuk besarkan
Salam hormat dari Abatasa, jika panjang umur kita berjumpa lagi. Semoga Allah mengasihi saudara semua dan dilimpahi rahmat tak terhingga, Amin.
Musuh-musuhnya (YAHUDI) amat percaya masa KEBANGKITANNYA sudah dekat.
Mereka berusaha sedaya mungkin menjejaknya. Persoalan yang amat pelik kenapa mereka percaya ramalan yang disebut di dalam alQuran dan Hadis padahal mereka tidak beriman kepada kedua-duanya? Memang benar mereka adalah golongan yang paling tegar menentang Allah swt
Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda: “Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.
Dengan jelas Hadis di atas menceritakan perihal Iman Mahadi. Pertama, lelaki dari keturunan Baginda Rasulullah SAW, keduanya namanya Muahammad dan nama bapanya ialah Abdullah. Secara logiknya tentulah mudah bagi kita mengenalinya asalkan ia bernama Muhammad bin Abdullah. Keturunan Rasulullah yang kita tahu ialah mereka yang bergelar Syed atau Syarif, tentulah namanya ialah Syed Muhammad Bin Syed Abdullah.
Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud , “Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah syed (sayyid) sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”
Adakah semudah itu kita mengesannya padahal kita tahu Dajjal dan talibarutnya berusaha sedaya mungkin menjejaknya sejak ratusan tahun dahulu. Di dalam sejarah begitu ramai keturunan nabi Muhammad yang menunjukkan ciri kepimpinan dan lebih menonjol telah dibunuh dan kebanyakannya mati diracun walaupun apa nama mereka sekalipun (tidak semestinya Muhammad Bin Abdullah).
Bagaimana hendak mengenali Imam Mahadi jika ia benar-benar telah muncul atau ada di persekitaran kita? Persoalan ini nampak remeh tetapi amat sukar untuk dijawab. Kenapa demikian? Bagi yang berhujah berdasarkan tafsiran alQuran dan Hadis semata-mata tentu sekali akan mengatakan 'telah jelas' tanda-tanda yang disebut dalam banyak nas yang telah dibukukan dan tak perlu bersusah payah menyelidik dan mencari-cari "siapa dia". Ada pula akan mengatakan persoalan ini tak wajar dibangkitkan kerana dikhuatiri akan menjejaskan aqidah dan iman.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)
Lagi pula Imam Mahadi akan bangkit dan akan menyeru manusia ke jalan tauhid, bagi kaum Muslimin sudah tentu akan bertemu dengannya dan bersenang hati menerima ajakannya itu. Apakah benar begitu?
Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan hasil darinya. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di Baitul Maqdis”.Hadith riwayat At-Tabarani.
Bersandarkan kepada Hadis di atas, bahawa Imam Mahadi akan muncul dan berdakwah menyeru umat manusia kembali mengamalkan sunah Rasulullah SAW. Apabila muncul pendakwah sedemikian tentulah tidaklah sukar untuk kita mengenalinya. Akan tetapi jika kita perhitungkan apa yang sedang berlaku sekarang, ia agak janggal kerana musuh-musuhnya sudah mengetahui peristiwa kebangkitan ini dan berusaha sedaya upaya untuk menghalangnya usahanya.
Cuba kita perhatikan kata-kata Baginda dalam hadis di atas, "berada di Baitul Maqdis", agaknya bilakah peristiwa ini akan berlaku? Keadaan pada waktu itu berlaku huruhara yang amat menggerunkan dan suasananya tidaklah aman seperti hari ini. Jadi jawapannya yang paling munasabah ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa as dan negara Israel ditawan baharulah Imam Mahdi bebas melaksanakan dakwah. Sebelum daripada waktu itu, amat mustahil Imam Mahadi dapat berdakwah di sana kerana Baitul Maqdis dibawah kekuasaan musuhnya, Dajjal dan tentera-tenteranya.
Kemungkinan besar kekacauan dan kekejaman yang berlaku adalah unjuran dari peperangan dunia ketiga (WWIII). Bumi telah dirosakkan dengan teruk dan manusia ketika itu pula hanya tinggal sedikit sahaja. Peperangan ini menular hingga ke Madinah, sebuah bandar yang aman damai selama ini. Malah ada diantara mereka juga cuba menyerang Makkah.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi." (HR. Muslim)
Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, "Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisyyang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim)
Telah bersabda Rasullah s.a.w, "Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka." (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah).
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)
as-SYUFYANI
Jika Imam Mahadi muncul sekarang atau sebelum berlakunya peperangan dan huruhara, tentu ia akan mudah dikenali dan musuh-musuhnya dan mereka tidak akan teragak-agak untuk menghapuskannya. Hadis tersebut hanya menceritakan secara am peribadi Imam Mahadi dan membayangkan bahawa Imam Mahadi hanya akan muncul bila keadaan telah selamat dari gangguan musuh-musuhnya.
Ada hadis yang menyebut "ia disembunyikan" oleh Allah swt, tetapi lebih sesuai jika dikatakan "ia dipelihara" oleh Allah sehinggalah tiba masanya. Ia di islahkan dalam satu malam sahaja. Dari rangkaian hadis akhir zaman, kita temui seorang dari musuhnya adalah beragama Islam kerana dia dapat menjejakkan kakinya ke Mekah dan Madinah. Rasulullah saw juga menyebut manusia ini dari kaumnya (umat). Namanya as-Syufyani atau as-syufiani.
Siapakah as-Syufyani ini? Adakah dia seorang pemimpin kaum arab atau dari bangsa ajam dan kenapa dia memusuhi manusia yang masih belum dibaiat itu? Pemimpin Islam mengejar untuk membunuhnya? (Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka - hadis di atas'
Dari satu hadis lain. ".........maka mereka membai’at paksa lelaki itu di antara Rukun dan Makam Ibrahim padahal ia tidak suka dengan hal itu, kemudian suatu pasukan diutus dari ahli Syam (untuk menangkap orang-orang yang berbai’at itu), maka mereka dibenamkan ke dalam bumi di suatu tempat bernama Al-Baida antara Mekkah dan Madinah."
Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerangkan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari berbagai-bagal negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim
As-Syufyani ini dari daerah Syam (Damsyiq, Syiria). Dialah yang menyerang Madinatul Munwwarah yang menyebabkan penduduknya melarikan diri ke Makkah, termasuklah Imam Mahadi. Pada waktu itu tiada siapa pun yang tahu bahawa dia adalah Imam Mahadi termasuklah dirinya sendiri.
Jika ada sesiapa yang mendakwa dirinya adalah Imam Mahadi, dakwaan tersebut akan tertolak dengan sendirinya. Imam Mahadi sebenar, tidak mengetahui bahawa dirinya adalah Imam Mahadi, jauh sekali membuat pengakuan (sebelum berlakunya peristiwa "baiah" seperti yang disebut dalam sabda baginda junjungan). Telah ramai Imam Mahadi palsu muncul dan mungkin ada lagi selepas ini, oleh itu berhati-hatilah jangan sampai terpedaya. Begitu juga manusia yang mendakwa dirinya ialah Pemuda Bani Tamim. Tiada siapa pun yang mengenali PBT ini sehinggalah Imam Mahadi di "baiah" nanti. Harus diingat bahawa alMahadi dan Pemuda Bani Tamim itu hanyalah gelaran bukan nama mereka.
Rasulullah saw bersabda: “Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahadi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)
Imam Mahadi mempunyai ramai musuh termasuk dikalangan pemimpin Islam sendiri. Mungkin pemimpin Islam ini sudah menjadi sahabat Dajjal. Seolah telah tahu waktu kebangkitan Imam Mahadi dan berusaha menghapuskannya sebelum tarikh pembai'atannya lagi (di Madinah). Kita lihat as-Sufyani tahu perkara ghaib ini (peristiwa bai'ah), dari mana sumbernya?
Begitulah cara Rasulullah menyampaikan maklumat kepada kita. Huruhara berlaku gara-gara perebutan kuasa, apabila 3 putra "raja" Arab Saudi bertelingkah dan berperang merebut takhta. Ditambah pula dengan serangan tentera as-Sufyani.
Bagi "jentera" Dajjal pula, Imam Mahadi adalah musuh nombor satu kepada "BOSS" mereka, beliau (Imam Mahadi) akan menjadi penghalang utama terhadap rencana jahat mereka menyesatkan seluruh manusia di muka bumi. Imam Mahadi akan bertindak tegas dalam menjaga dan menyelamatkan kaum Mukminin dari gangguan dan pengaruh Dajjal Laknatullah. Menyerukan kebenaran untuk menghapuskan pembohongan Dajjal. Penipuan Dajjal sememangnya licik dan sukar untuk dikesan kecuali oleh mereka yang mendapat perlindungan dan petunjuk Allah. Orang Mukmin sendiri tidak terjamin selamat dari godaannya, apa lagi gulungan yang menjadi orang Islam melalui keturunan.
Ia akan mendakwa dirinya adalah Nabi Isa almasih yang ditunggu-tunggu dan selepas itu mendakwa pula sebagai tuhan. Sesuai dengan konsep trinity pegangan umat Kristian, Katholik terutamanya. Yesus (Jesus) adalah salah satu dari tiga tuhan mereka.
Konsep TRINITY itu disediakan oleh mereka yang bekerja untuk Dajjal dengan memesongkan ajaran Nabi Isa as. Kelihatan seolah menyediakan laluan mudah untuk Dajjal mengaku sebagai TUHAN pada akhir zaman. Adakah ia satu kebetulan atau telah dirancang? Hanya Allah yang tahu segala rahsia mereka. Biasanya kerja-kerja seperti ini dilakukan oleh berbagai pertubuhan dan badan sulit yang beroperasi secara tersembunyi yang digelar "The Hidden Hand" ringkasnya THH. Rahsia ini telah dibongkar dan diulas mendalam di banyak laman2 web dan blog seperti Mistisfiles, Sangtawal, dan Efairy(sekadar beberapa nama). Jika ianya benar seperti yang didakwa, perancangan mereka bermula sejak 1700 tahun yang lalu. Orang Kristian tentu dengan mudah menerima Dajjal sebagai" Isa almasih" seterusnya memujanya sebagai "tuhan". Ia amat berbeza dengan Islam yang memegang kukuh kalimah "TAUHID" yang terang dan jelas seperti dalam surah al Ikhlas.
Amatlah ganjil jika mereka menyambut kedatangan Nabi Isa as kelak, apa lagi menerima seruannya untuk mengimani Syariat Nabi Muhammad, iaitu Islam yang amat mereka musuhi dan pandang hina selama ini. Saya tidak akan membincangkan soal trinity dan THH ini kerana perkara pokok yang akan diperkatakan ialah mengenai Imam Mahadi.
PANDANGAN PENGANUT KRISTIAN
Adakah pembaca maklum bahawa para penganut Kristian juga telah membuat kajian mendalam mengenai Hadis akhir zaman ini dan mereka membuat kesimpulan yang sungguh menghairankan. Iaitu keterbalikan fakta (Islam) hanya kerana tidak dapat menerima agama Islam sebagai agama yang benar. Mereka juga tidak dapat menerima kenyataan: Nabi Isa as. akan menghapuskan "salib". Bagi mereka mana mungkin Nabi Isa as. (Jesus) akan bersekongkol dengan orang Islam, Imam Mahadi. Akhirnya mereka berkata Hadis ini dari sumber "syaitan".
Mereka membuat satu ketetapan sebagai jalan untuk mententeramkan perasaan gusar mereka dengan mengatakan, Imam Mahadi ialah "ANTI CHRIST" yakni "Dajjal" sementara Nabi Isa as. pula dikatakan sebagai "NABI PALSU" (false Prophet).
Maklumat ini diperolehi dari beberapa rencana yang ditulis oleh mereka (penganut Kristian) dan juga bebera siri perbincangan dalam forum-forum berbincangan dikalangan penganut Kristian. Mereka membolak balikkan kitab mereka mencari fakta untuk menguatkan hujah mereka. Adakalanya saya kesihan melihat gelagat mereka. Yang pasti mereka sedangmempersiapkan diri untuk menerima Dajjal sebagai "Jesus" yang juga "tuhan" mereka. Lihat petikan di bawah:
"Therefore, the church's need for a healthy and sound end-time theology has never been greater. And those of us who believe we are living in the 'last of the last' days, Jesus' words to 'watch' for his coming carry with it a great responsibility. I am now going to expound on a teaching that has permeated the Muslim faith over the centuries, but with a great intensity over the last few decades. It is a very intriguing teaching that parallels the Biblical teaching of Antichrist in many ways."Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesuaikan atau memadankan pandangan mereka dengan apa yang tertulis dalam kitab-kitab mereka.
"Yes, the holy books of Islam (Quran, the Hadith) contain many prophecies concerning the future. As a Christian, I believe these Islamic prophecies to be satanically inspired, but that is beside the point. All branches of Islam (Sunni, Shiite...) maintain a teaching that in the 'last days,' an Islamic savior, known as Al-Mahdi, will rise to great power and conquer the world for Islam. He will annihilate Christians and Jews, will conquer Jerusalem, and will fill the world with Islamic justice"Mereka telah membaca dan mengkaji Hadis-Hadis yang menceritakan kebangkitan al Mahdi dan Jesus Christ, sayangnya mereka menganggap alQuran dan Hadis sebagai ayat-ayat syaitan dan mengalihkan perhatian kearah kepalsuan dalam membuat keputusan. Walaupun begitu terdapat tanda, (saya kira) bahawa mereka masih ada rasa ragu untuk menafikan kebenaran isi alQuran dan Hadis. Dalam keadaan keraguan itu, disebabkan taksub kepada kepercayaan mereka, dengan nada sinis mereka menyatakan Nabi Isa as yang akan turun itu (disebut dalam alQuran dan Hadis) sebagai NABI PALSU (false prophet) kerana ia tidak disebut sedemikian di dalam kitab-kitab mereka:
"According to the Quran, Islam's holiest book, and the Hadith, a collection of Islamic holy writings that supplement the Quran, a messianic figure will arise in the last days of history known as Al Mahdi. He, along with the 'Prophet Jesus,' (False Prophet) will lead the Muslim believers to victory over the infidels (Christians and Jews)."Jelas bahawa mereka tidak akan menerima orang yang mereka anggap sebagai "NABI PALSU" sebagai "penyelamat" (Jesus Christ) yang mereka nanti-nantikan sejak sekian lama. Lihat betapa kelirunya mereka dan sia-sia sahaja mereka menunggu dengan penuh semangat (Jesus akan turun menyelamatkan mereka).
"Islam teaches that Jesus was born of Mary and was a great prophet but that he is not the Son of God. Muslims teach that it is not possible for God to have a son. This opposing view of who Jesus is one of the greatest distinctions between Islam and Christianity."Sememangnya konsep TRINITY telah menyesatkan mereka begitu jauh sehingga sukar mereka menerima kebenaran. Islam menolak dan menafikan Jesus itu anak tuhan bertentangan dengan doktrin gereja Kristian. Jika tidak kerana TRINITY itu tidaklah begitu susah mereka mencari jawapan terhadap persoalan yang memeningkan kepala mereka.
Mereka berusaha untuk mengenali Imam Mahadi melalui beberapa kajian terhadap Hadis-Hadis seperti yang yang di "ketengahkan":
"Quotes from the Hadith:"al Mahadi will return at the head of the forces of righteousness and do battle with the forces of evil in one, final, apocalyptic battle. When evil has been defeated once and for all, the al Mahadi will rule the world for several years under a perfect government and bring about a perfect spirituality among the peoples of the world. After the al Mahdi has reigned for several years, Jesus Christ will return"
"al Mahadi: His forehead will be broad and his nose will be high. He will fill the world with justice and fairness at a time when the world will be filled with oppression. He will rule for seven years."
"Allah will give Al-Mahdi the ability to righteously rule the Muslim nation in the span of a night. He will fill the earth with justice, as it was filled with injustice. He will lead the Muslim nation to the second conquering of Constantinople and possibly Rome."Bagi menyesuaikan apa yang tercatit pada kitab mereka (Bible)mereka menuduh Nabi Isa as adalah nabi palsu. Sukar bagi mereka menerima hakikat Nabi Isa akan membawa syariat Islam dan membuang salib. Nabi Isa as tidak membela mereka sepertimana yang mereka percaya dan harapkan, bahkan menidakkan ajaran Kristian dengan membuang salib, tindakan ini seolah-olah "memusuhi" mereka:
"According to the Quran, Islam's holiest book, and the Hadith, a collection of Islamic holy writings that supplement the Quran, a messianic figure will arise in the last days of history known as Al Mahdi. He, along with the'Prophet Jesus,' (False Prophet) will lead the Muslim believers to victory over the infidels (Christians and Jews).
1) The word, Mahdi, means 'The Guided One.'
2) According to Islam's holy writings, one day the entire world will be converted to Islam. Leading this revival will be the Mahdi, who will assume the role as the Islamic Messiah.
3) Islamic tradition teaches that Jesus will return from heaven in the last days and follow the Mahdi into Jerusalem, where Jesus will deny he is the Son of God.
4) Then, together the two will destroy the 'Cross'(Christianity) and kill the Jews who will be 'hiding behind rocks.' Afterwards Islamic justice will prevailand the world will submit to the rule of Mahdi, and Jesus.
5) All branches of Islam teach on the Mahdi. All Muslims believe this!
In addition, Islam's holy writings describe the Islamic messiah's lineage, name, facial features, etc. in great detail. "
He will be tall
He will be fair complexioned
His father's name will be Abdullah
His mother's name will be Aamina
He will speak with a slight stutter and occasionally this stutter will frustrate him causing him to hit his hand upon his thigh.Kita tinggalkan dahulu kaum Kristian dengan gelagat mereka.
Yahudi Zionis
Zionis terus menerus mengkaji rahsia dan petunjuk yang disebutkan di dalam alQuran dan Hadis malah lebih gigih berbanding kebanyakan orang Islam sendiri. Siapakah Zionis adakah sama dengan Yahudi lainnya? Sila rujuk artikel sebelum ini mengenai bangsa terlaknat ini. Mereka juga induk kepada YAKJUJ dan MAKJUJ.
Mereka adalah ejen kepada Dajjal laknatullah. Mereka mengumpul sebanyak-banyaknya emas untuk menguasai perekonomian dunia, (sila kaji siapa ' Illuminati bloodline"). Semua keuntungan adalah untuk "boss" mereka Dajjal laknatullah, semua emas dan dana yang dikumpulkan kini sedang disalurkan ke Israel iaitu tempat bersemayamnya "raja" mereka (Dajjal). Mereka akan aturkan kejatuhan semua matawang kertas termasuk negara Malaysia dan USA juga tak terkecuali. Hanya emas dan mungkin perak sahaja akan bernilai. Wang baru berserta CHIPs akan dilancarkan oleh mereka ini. Ada kisah tentang chips dengan lambang "beast" iaitu 666. Saya tidak akan bicarakan hal tersebut.
Lawati laman web zionis –“ Temple institute”. Di sana kita akan lihat betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk menyambut kedatangan "Raja" mereka yang mereka nanti sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka.
The Temple Institute is Founded
Archeological Devastation
Jews return to the Mount
Dajjal mampu menguasai sebilangan besar penduduk bumi ini melalui pertolongan Iblis (Lucifer). Kumpulan yang dinaungi oleh Dajjal ini tidak pernah lalai dan berhenti mengesan Imam Mahadi di serata pelusuk dunia terutama di lokasi yang disyaki seperti "khorasan", Indonesia dan Malaysia selain negara-negara Timur Tengah.
Apakah Imam Mahadi akan dibiarkan jika ditemui oleh Dajjal? Pembaca sendiri tentu sudah maklum jawapannya.
Adakah kita tidak percaya dengan kenyataan ini ataupun tidak ambil peduli dan hanya mengatakan "hanya Allah yang Maha Mengetahui" tanpa perlu mengkajinya? Ramai diantara kita tidak mengambil berat soal ini kerana telah tergoda oleh "fitnah Dajjal" yang diatur sekian lama tanpa disedari. Berbeza dengan kelompok kaum yang menjadi hamba Dajjal. Mereka akan terus mengkaji tanpa jemu.
Mereka (ejen Dajjal) begitu yakin Imam Mahadi tidak akan muncul dalam bentuk personaliti sebagaimana yang kita bayangkan selama ini. Mereka mendakwa dapat merasakan wujudnya "keganjilan" dan "helah" penceritaan mengenai Imam Mahadi ini. Baik dari segi perwatakan, peribadi atau tempat kelahirannya. Inilah perkara yang amat menyusahkan dan membimbangkan musuh-musuhnya. Begitulah kebenaran Islam dan kebijaksanaan Allah swt, Maha Perancang.
PERSONALITI Imam Mahadi
Secara logiknya akan berlaku penyamaran sebagai pelindung dan ini akan berterusan sehingga masanya yang sesuai. Ia akan selamat dari bencana manusia. Oleh itu sesiapa sahaja yang mengaku dan mendakwa dia "Imam Mahadi" adalah seorang pendusta dan pembohong. Tiada siapa akan mengenalinya walaupun kita telah bertemu atau bergaul dengannya setiap hari. Orang Islam juga akan terkeliru, apa lagi mereka yang bukan Islam. Sila renung kembali kisah Uwais al-Qarni ra yang hanya dikenali oleh Rasulullah sahaja, para sahabat pun tidak mengenalinya sehingga diberitahu.
KHALIFAH (King)
Imam Mahadi adalah seorang pemerintah (raja) yang memerintah "umat ini" selama 7 tahun. Jelas bahawa beliau bukan orang kebanyakan kerana sifatnya seperti sifat Rasulullah, bukan juga dari kalangan seorang raja yang sedia ada kerana sifatnya dan keteguhannya kepada tauhid dan adil. Adakah wujud pemerintah yang ada sekarang ini zuhud, warak dan adil? Jadi timbul pula pertanyaan baru, bagaimana caranya Imam Mahadi mendapat sokongan untuk menjadi pemerintah kerana dimana-mana tempat di dunia ini sudah ada pemerintah tersendiri (yang dilantik melalui demokrasi). Jawapan yang boleh kita agak ialah beliau hanya memerintah selepas Dajjal dihapuskan dan pusat pemerintahannya di Pelestin (Baitul Maqdis). Dari sinilah bermulanya era baru yang penuh keadilan dan kesaksamaan seperti yang disebut di dalam Hadis Rasulullah SAW.
Persoalan lain pula timbul, adakah dia sudah menjadi RAJA atau khalifah Daulah Timur sebelum memerintah di Baitul Maqdis itu ? Ada bukti bahawa beliau adalah "raja" dari timur (King of the East) yang menyerang tentera Dajjal. Didalam kitab2 agama terdahulu termasuklah Bible menceritakan pasukan dari Timur ini akan tiba sebaik sahaja sungai Furat kering. King of the East inilah yang bergabung dengan tentera Kristian dan membawa kemenangan menentang tentera Anti Christ (Dajjal). Negara manakah Daulah Timur tersebut? Ada hadis yang menyebut "dari Khorasan". Di manakah terletaknya Khorasan ini? Pada masa ini Khorasan ialah satu daerah di negara Iran. Kita lihat peta Khorasan lama dimana ia meliputi satu kawasan yang luas berbanding yang wujud pada hari ini.
KHORASAN (zaman keagungan Parsi)
Ramai juga pengkaji meramalkan dan tidak kurang juga yang amat yakin bahawa pemuda Bani Tamim itu adalah dari Khorasan (Khurasan) yang asalnya ialah kawasan yang luas meliputi sebahagian dari negara Parsi, Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan, Turkmenistan dan utara Pakistan.
Pendokong kuat Imam Mahdi ialah Pemuda Bani Tamim yang sekaligus menjadi 'tulang belakang' kepada kekuatan Imam Mahdi. Pemuda Bani Tamim berasal dari Timur dan mengikut pandangan Syeikh Dr Walid al-'Ani yang dimaksudkan dengan Timur itu ialah Afghanistan. Namanya ialah Syuaib Bin Soleh. Beliau ialah seorang pemimpin tentera yang hebat. Pada waktu malam beliau terkenal sebagai seorang yang amat kuat dan khusyuk beribadah, manakala pada waktu siang pula, pula digeruni oleh musuh dengan ketangkasannya dalam medan perang.
Logiknya kemungkinan ini adalah kerana rekod perjuangan kental para Mujahideen Afghanistan terbukti amat digeruni pihak lawan walaupun dari negara kuasa-kuasa besar seperti Rusia dan USA. Keimanan mereka tinggi dan mereka berjuang kerana Allah bukan kerana habuan dunia.
Dari beberapa kajian yang dibuat juga menunjukkan bangsa Phatan/Phastun mempunyai pertalian darah dengan Bani Israel (Bani Ishaq) tetapi tiada kaitan dengan orang Yahudi Khazar yang menduduki negara Israel sekarang. Sebab itu Afghanistan di "tawan" oleh tentera USA yang menjadi alat ILLUMINAT yang kini berpusat di Israel. Secara mudahnya, pihak Yahudi akan mengambil kesempatan mencari pemuda Bani Tamim ini sambil menghalang kebangkitan tentera al Mahdi. Petikan artikel "Black Banner from the East" Research Paper by Bilal Khan.
"the army of Mehdi will consist of Muslims from Bani-Israel from Khurasan holding black flags. No power in the world will be able to stop them till they reach Jerusalem and erect their flags where there is Aqsa Mosque standing today."
"The older Persian province of Khorasan (also known as the Greater Khorasan) included parts which are today in Iran, Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistanand Uzbekistan. Some of the main historical cities of Persia are located in the older Khorasan: Nishapur andTus (now in Iran), Merv and Sanjan (now in Turkmenistan), Samarkand and Bukhara (both now in Uzbekistan), Herat and Balkh (now in Afghanistan),Khujand and Panjakent (now in Tajikistan). In its long history, Khorasan knew many conquerors and empires: Greeks, Arabs, Seljuk Turks, Safavids,Pashtuns (ethnic Afghans) and others."Sementara DAJJAL (ANTI-CHRIST) adalah NABI PALSU dan MENDAKWA dirinya sebagai ISA ALMASIH yang dinantikan oleh penganut Kristian. Persediaan awal telah dilakukan dengan baik menaikkan imej Jesust Christ (Yesus) berwajah Eropah, berkuli cerah berambut ikal warna kuning mayang. Dari penyelidikan sumber sejarah telah terdapat fakta bahawa Nabi Isa as berkulit sedikit gelap dan berambut hitam kerinting sesuai dengan perwatakan Bani Israel. Lukisan pada dinding-dinding bangunan purba dan piramid di Mesir telah membuktikannya.
Bayangkan apabila Nabi Isa muncul nanti dan memperkenalkan dirinya sebagai "Yesus" kepada penganut kristian. Apa pandangan mereka terhadapnya? Adakah mereka (penganut Kristian) akan mempercayai kata-katanya? Tentu sekali mereka akan mendustainya kerana perawakannya tidak sama dengan wajah yang ada pada lukisan dan ukiran patung yang telah di"sogok" oleh pengikut Dajjal kepada mereka. Betapa bijaknya pengikut Dajjal ini mengelirukan berjuta-juta manusia kristian ini. Tambahan pula Nabi Isa as akan membawa akidah Islam yang selama ini amat mereka musuhi.
Dajjal pula akan berjaya menjadi al Masih dan akan diterima sebagai Yesus, penyelamat mereka. Konsep trinity juga mirip pegangan masyarakat Yahudi sekarang (zionis) yang mengamalkan fahaman Kabbalah berformat paganisma Mesir purba. Memang trajis fenomena ini.
Bagaimana bentuknya Dajjal ini. Adakah serupa dengan apa yang kita fikirkan? Siapakah sebenarnya dia? Dari beberapa keterangan, dia munculkan diri lebih awal dari Imam Mahadi dan Nabi Isa.
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa".
Dia tidak akan muncul sehingga manusia (sebahagian besar) meninggalkan agama dan penghuni dunia asyik memikirkan kepuasan nafsu dan keseronokan. Fitnah Dajal adalah "besar dan serius". Ini bukan masalah hidup atau mati tetapi kesengsaraan, mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajjal akan jadi kafir, Na’uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang fitnah Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang peristiwa paling dahsyat yang bakal berlaku. Jika kita perhatikan fenomena semasa, mungkin sebahagian darinya telah dan sedang berlaku.
Sebelum Dajjal muncul akan berlaku "kemarau" selama 3 tahun. Manusia akan menderita dalam kepayahan hidup yang cukup menyiksakan disamping peperangan dan pembunuhan yang tak terkawal. Kita harus bersedia jika ingin selamat dari fitnah "terbesar" Dajjal (menawarkan "syurga" kepada siapa yang mengakuinya sebagai tuhan) ketika dunia dihimpit kesengsaraan yang amat perit.
BERITA YANG MENGGERUNKAN....
Jangan mengambil mudah dan hayatilah setiap peristiwa berlaku berlaku, kerana ia menjurus kepada satu mala petaka yang akan meruntuhkan iman. Perangkap durjana telah lama menjerat kita tanpa disedari.
layari blog rakan seperjuangan saya, ada sesuatu yang mengejutkan..
Kita kembali kepada Imam Mahdi atau Al Mahdi. Telah dijelaskan, beliau adalah dari keturunan cucu Rasulullah SAW, Saidina Hassan bin Ali Bin Abi Thalib. Bernama Muhammad Bin Abdullah.
Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang bendera Al Mahdi“ dari Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam Suyuti
Kemunculannya menjadi tajuk bualan hangat sejak kebelakangan ini. Kenapa? Kerana semua tanda-tanda kecil kiamat telah nyata dan hanya menanti tanda-tanda besar sahaja. Samaada ia akan muncul sekarang atau kemudian nanti tidak menjadi soal, apa yang jelas dari Hadis di atas ialah - ia (Pemuda Bani Tamim) akan datang dari "TIMUR". Bukan dari tanah Arab. Adakah pemuda Bani Tamim ini Imam Mahadi sendiri? atau orang lain, apa sahaja yang berlaku nanti, tanggung jawab kita ialah "..... maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu". Untuk itu kita perlu membuat kajian mengenainya.
Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam, “Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah syed sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”
Adakah dia seorang Raja atau Pemerintah (Perdana Menteri, Presiden atau Khalifah) ?
Bahawa Al Mahdi ini mempunyai dua ciri-ciri besar iaitu akan mendapat daulah di sebelah Timur dan akan memegang pedang Zulfaqor (Dhu al-Faqar) sebagai bukti bahawa ia membawa kebenaran.
Malangnya tiada sesiapa yang mengetahui dan mengenali Imam Mahadi ini termasuk "dirinya sendiri" sehinggalah di islahkan dalam satu malam. Dalam keadaan kacau bilau kerana kemangkatan raja, Imam Mahadi dilantik untuk menjadi pemimpin.
Sabda Rasulullah saw ”Akan terjadi perselisihan (kekacauan) setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari ahli Madinah mencari perlindungan menuju ke Mekkah, lalu lelaki itu didatangi oleh sekumpulan manusia dari ahli Mekkah, maka mereka membai’at paksa lelaki itu di antara Rukun dan Makam Ibrahim padahal ia tidak suka dengan hal itu, kemudian suatu pasukan diutus dari ahli Syam (untuk menangkap orang-orang yang berbai’at itu), maka mereka dibenamkan ke dalam bumi di suatu tempat bernama Al-Baida antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud)
Sajauh mana keyakinan anda setakat ini?
TIGA KELOMPOK MANUSIA SEDANG MENANTI ORANG YANG AKAN MUNCUL SEBAGAI "PENYELAMAT". ISU INI MENJADI TAJUK PERBINCANGAN HANGAT OLEH PENGANUT ISLAM, KRISTIAN DAN YAHUDI. Masing-masing mendakwa merekalah di pihak yang benar.
Apa yang pasti, Al Mahdi tetap akan muncul, hanya masa menentukannya. Beliau bukanlah manusia sembarangan tetapi yang terpilih dikalangan penghuni dunia akhir masa. Kehebatannya sehebat hulubalang agung Saidina Ali ra dan pekertinya pula halus selunak pekerti Baginda Rasulullah SAW.
Pihak illuminati zionis amat gerun kepada berita kemunculan lelaki pilihan ini. Mereka menggelar dan memanggil Imam Mahdi ini sebagai Muhammad kedua dan menamakan Rasulullah saw sebagai Muhammad pertama. Apakah maksudnya, sama-samalah kita cuba fikirkan. Muslimin yang soleh dan patuh mengikut sunnah Nabi pula (benar-benar bertaqwa) dianggap sahabat Muhammad (kedua) ini..