Sunday, 3 February 2013

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti mana yang dijanjikan,Insya'Allah penulis akan menulis mengenai Kerajaan Aroi Matahari yang lokasinya terletak di Kepulaan Pasifik. Pada asalnya, artikel ini hanya berkisar mengenai Kerajaan Aroi tetapi kajian yang saya lakukan membawa saya kepada beberapa benang halus yang berkait rapat antara Kerajaan Aroi Matahari dan Lemuria serta Atlantis. Jadi, saya merasakan tajuk Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang merupakan tajuk yang paling baik.
Kalau kita mahu bercakap mengenai Kerajaan Aroi, kita harus belajar dahulu mengenai Lemuria dan Atlantis. Kenapa? Soalan itu senang sahaja kerana rekod sejarah menunjukkan bahawa pengasas Kerajaan Aroi ialah leluhur daripada Lemuria. Jadi, untuk mengenali Aroi, harus belajar mengenali bapa kepada Aroi iaitu Lemuria dan Atlantis.
Juga, untuk mengkhatamkan bab mengenai Lemuria dan Atlantis, harus anda mengkhatamkan topik mengenai bangsa Melayu. Memahami apa itu definisi perkataan Austornesian dan Polynesian. Bila anda sudah memahami perkataan ini, anda pasti tidak menghadapi masalah untuk menelan artikel saya ini. Jangan risau, sebenarnya ada artikel saya yang lepas berkisar mengenai definisi bangsa Melayu.

Lemuria dan Atlantis
Lemuria merupakan sebuah peradaban kuno yang masih didebatkan kewujudannya oleh para sejarawan. Manakala Atlantis berdiri selepas kewujudan Lemuria tetapi pernah berada pada period yang sama. Bukan kerana kewujudannya palsu tetapi kekurangan bukti untuk menjadikan Lemuria benar-benar wujud. Persoalan itu kita tolak ketepi, kerana kita ada benda yang lebih penting untuk dipelajari.
Lemuria ialah sebuah kerajaan yang dikatakan berdiri pada 75 000 tahun sebelum masihi hinggalah ke era 11 000 S.M. Tamadun ini dikatakan ranap atas beberapa sebab, diserang oleh jiran mereka iaitu Atlantis dan menjadi mangsa banjir Besar. Tentang isu ini, ramai pengkaji berpendapat bahawa Lemuria dan Atlantis ialah umat Nabi Nuh yang ingkar pada ajaran rasul ALLAH itu untuk menyembah ALLAH meninggalkan tinggalan berhala dan matahari mereka. 

Kembali kepada topik, Lemuria pada zaman puncaknya, mempunyai 60 Juta orang dan terdiri daripada pelbagai bangsa. Di sini saya mahu membetulkan kenyataan bahawa Lemuria dan Atlantis itu ialah tamadun milik orang Melayu. TETAPI...
Tahukah anda bahawa Melayu merupakan salah satu bangsa yang pernah menjadi sebahagian daripada Lemuria dan Atlantis? Menurut Powell dalam bukunya The Solar System, pada bab 35 menceritakan bahawa akar bangsa keempat Lemuria merupakan malayan brown yang membawa maksud rumpun Melayu atau nama saintifiknya Austronesian-Polynesian. Akar keempat ini digelar sebagai Atlanteans.
Dan fakta yang mengejutkan ialah lokasi Lemuria dikatakan terletak di Asia Tenggara. (Peta di bawah)



Lemuria meliputi Semenanjung Tanah Melayu, pentas Sunda, Kepulauan Borneo, Sumatera dan Kepulauan Jawa. Ini ialah wilayah yang memang diektahui sebagai Kepulauan Melayu pada hari ini. Hal ini telah membawa saya untuk mengkaji kembali kenyataan Augustus Le Plongeon (1825–1908), SEORANG PENYELIDIK yang menemui catatan bangsa Mayan mengenai Lemuria dan Atlantis bahawa pengasas kerajaan Mesir Purba ialah Permaisuri Moo, gelandangan daripada Lemuria.
Sekaligus saya teringat akan artikel mengenai Punt yang saya tulis, bahawa lokasi tempat misteri yang dikatakan tanah para nenek moyang bansga Mesir dan Qibti, juag dikenali sebagai tanah para dewa yang dikunjungi oleh Ratu Hatsheptsut terletak di Nusantara. Sekarang, judah jelas kenapa Nusantara ini di kunjungi oleh Firaun Hatshepsut kerana pernah suatu masa dahulu, di tanah ini berdirinya Lemuria. Rujuk artikel saya mengenai Punt.
Rujuk: http://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/punt-lambang-usia-tamadun-melayu/361091507277241
Banyak juga pengkaji yang mengatakan bahawa Nusantara ialah lokasi Lemuria. W. Eliotscot dalam bukunya The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria, juga tidak ketinggalan seorang professor daripada Brazil dalam bukunya The Lost Continent Of Atlantis Found (gambar di bawah)


Nampak bukan? Bukan seorang dua pengkaji yang telah menemui rahsia bumi kita ini. Cuma Melayu tidur... terlalu lama tidur... selepas dijajah oleh pembangkang sampai bangsa sendiri dipandang hina. Hari ini, bukti arkeologi menunjukkan bahawa keluasan Lemuria mencecah sehingga Pulau Ester yang merupakan wilayah terhujung dalam benua Melayu yang digariskan oleh pakar antropologi pada hari ini.
Teknologi Canggih Lemuria Dan Atlantis
Nenek moyang orang Melayu pada hari ini dikatakan antara bangsa termaju yang pernah dilihat oleh dunia. Lemuria dan Atlantis mempunyai tanah subur sepanjang masa. Matahari asyik bersinar 24 jam (sesuai dengan iklim khatulistiwa). Mereka mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam dan teknologi bangsa ini sangat-sangat canggih. Ada pendapat mengatakan lebih canggih daripada hari ini. Namun semuanya musnah angkara melawan ajaran Nabi Nuh. Maka, ALLAH turunkan banjir besar dan hanya yang mengikut Nabi Nuh sahaja selamat daripada tragedi itu.


Saya percaya Nabi Nuh bercakap dengan bangsa yang sangat maju. Nabi Nuh tidak berdakwah dan menyeru manusia primitif yang konon sedang berevolusi tetapi sedang bercakap dengan bangsa yang mampu membina kapal terbang dan senjata nuklear. Baca catatan Plato mengenai tragedi yang menimpa bangsa Atlantis (Lemuria tidak disebut kerana Lemuria telah kalah dalam peperangan derngan Atlantis).
Plato dalam bukunya:
"Kerana hanya dalam semalaman, hujan yang luar biasa lebat menyapu bumi dan pada saat yang bersamaan terjadi gempa bumi. Lalu muncul air bah yang menggenang seluruh wilayah (Atlantis)"
Kemudian bandingkan dengan ayat Al-Quran:
"Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan" (Surah Hud, ayat 37)
Dan...
"Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja." (Surah Hud, ayat 40)
Lihat petunjuk ALLAH dalam Al-Quran, bagaimana Nabi Nuh mampu membina sebuah bahtera dengan jumlah pengikut yang kecil, itu pun tidak ditolak jumlah kanak-kanak dan wanita serta orang tua dalam masa yang sangat singkat kecuali Nabi Nuh merupakan seorang jurutera dan arkitek yang hebat dengan teknologi yang amat canggih. Isi kapal yang bakal dihuni itu terdiri daripada manusia beriman dan haiwan yang hidup di atas muka bumi ini.
Dalam lipatan sejarah, hanya satu tamadun sahaja yang musnah kerana banjir air bah, iaitu Tamadun Atlantis. Anda nampak perkaitannya di sini?
Untuk membuktikan dakwaan saya bahawa tamadun Lemuria dan Atlantis ini maju, mari kita lihat bukti-bukti dalam lipatan sejarah. Teknologi yang paling terkenal melibatkan kedua-dua peradaban ini ialah kristal. Kuil-kuil Lemuria dan Atlantis menempatkan sebuah generator raksasa yang dikelilingi kristal-kristal, sebagai sumber tenaga dan juga digunakan untuk perubatan.
Terdapat perbezaan antara Lemuria dan Atlantis. Bangsa Lemuria tidak sangat mempunyai teknologi yang canggih, dan teknologi mereka sangat mesra alam berbanding teknologi Atlantis sangat canggih dan bangsa ini sangat suka berperang. Bangsa Lemuria yang boleh dikategorikan sebagai bangsa spiritual diserang oleh Atlantis dan akibatnya, Lemuria jatuh. Kejahatan demi kejahatan dilakukan oleh bangsa Atlantis, mereka juga semakin menyeleweng ajaran nabi yang asal sehingga satu masa, ALLAH mengutuskan seorang nabi untuk mereka, namun sayang... seperti umat yang akan datang selepas mereka, mereka menolak mentah-mentah. Akibatnya... terjadilah banjir besar yang disebut dalam setiap tamadun.
Pada hari ini, antara rekod arkelogi yang membuktikasn kewujudan Lemuria dan Atlantis ialah catatan Tamadun China, tulisan sejarawan Yunani seperti Plato, Dodrus, Timagenus, Aelenus, Theopampus, dan banyak lagi. Boleh dikatakan setiap tamadun silam menceritakan mengenai Lemuria dan Atlantis, seiring dengan kisah banjir besar yang melanda dunia.


Ekpedisi-ekpedisi yang dijalankan ke dasar lautan Atlantis (empayar mereka sangat luas) pada hari ini, menemui binaan piramid. Juga penemuan keris Melayu di dasar laut Jepun dengan piramid-piramid aneh. Penemuan paling mengangumkan ialah kru Kapten Reyes menemui makam, kuil dan jalan raya di Talia, Sepanyol.
Kerajaan Aroi Matahari
Apabila banjir besar mula surut, maka terdapat beberapa orang bangsa Lemuria yang terdiri daripada pelbagai bangsa pada hari ini menubuhkan sebuah kerajaan yang bernama Aroi Matahari, lokasinya di Kepulauan Pasifik (salah satu wilayah rumpun Melayu yang digariskan oleh sejarawan). Kerajaan ini ditubuhkan oleh Tangoba. Ya, pengasas Kerajaan Aroi ialah bangsa Melayu. Tetapi, seperti biasa, kerajaan ini dihuni oleh bangsa-bangsa yang pernah mendiami Lemuria dahulu.
Dinasti yang ditubuhkan oleh Tangoba bernama Dinasti Araiki. Sepanjang pemerintahan Dinasti Araiki, terdapat lebih kurang 16 raja memerintah sehinggalah Dinasti Baralku mengambil alih. Kemudian, pelbagai bangsa kebanyakan sudah pupus di dunia mengambil alih tampuk pemerintahan melalui peperangan dan perkahwinan. Kerajaan ini juga menjalankan hubungan dengan tamadun-tamadun yang wujud selepas banjir besar seperti Tamadun Rama yang terkenal dengan kisah perang nuklear mereka, tamadun awal China, tamadun purba penduduk ASLI AMERIKA.
Namun, rekod penyelidik mengatakan bahawa Dinasti Nan Madol mengambil alih kerajaan Aroi. Dinasti ini sempat meninggalkan kepada kita sebuah bandar yang masih boleh dijumpai pada hari ini. (Gambar di bawah)


Kesimpulan
Tinggalan bandar Nan Madol boleh dijumpai di Pohnpei. Dijumpai pada tahun 1800 oleh penjarah eropah. Nan Madol bukan sahaja peningalan nenek moyang bangsa Melayu ini. Piramid ialah binaan biasa orang Melayu sejak zaman Lemuria lagi. Jadi, tidak hairanlah dakwana bahawa terdapat ratusan piramid Melayu di dalam hutan kita yang sedang tunggu masa untuk didedahkan. Orang Melayu sebenarnya mampu membina lebih daripada itu. Sbeagai contoh, dikatakan Kerajaan Aroi mampu membina terowong bawah laut yang menghubungkan pulau-pulau di bawah empayarnya.
Lagi satu yang perlu diketahui oleh orang Melayu, kerajaan Aroi sebenarnya merupakan sebuah kerajaan Maritim yang dimana kita dapat melihat warisan genetik nenek moyang kita berada dalam diri kita. Kerajaan-kerajaan Melayu selepas itu kebanyakannya bersifat maritim dan melakukan aktiviti perdagangan. Sebagai contoh, Srivijaya dan Melaka.
Orang Melayu merupakan antara bangsa tertua di dunia yang masih bertahan dalam lipatan sejarah. Daripada zaman nenek moyang mereka, Lemuria sehinggalah zaman banjir besar, beratus-ratus kerajaan tumbang, beratus-ratus bangsa telah pupus di dunia tetapi orang Melayu masih kekal bertahan. Saya berharap segala apa yang saya tulis melalui hasil kajian saya diambil positif. Kita harus mengambil contoh nenek moyang kita, menjadi hebat seperti mereka dan jangan tidur lagi...
  The Truth Will set us Free

90 % berfikiran kolot tentang
makhluk  bermata satu
Umumnya masyarakat Islam atau lebih
tepat lagi 90 % berfikiran kolot tentang
makhluk bernama bermata satu atau lebih dikenali dunia dengan nama DAJJAL serta saat-saat
kemunculannya. Apakah yang
dimaksudkan dengan KOLOT ? Apakah
kaitannya dengan masyarakat Islam?
KOLOT bermaksud ‘ jumud ‘ atau
ketinggalan zaman atau lebih tepat lagi
‘ cara lama ‘. Manakala ‘Berfikiran Kolot’
pula ialah memikirkan sesuatu perkara
dengan ‘cara lama’ (old style) dan
langsung tidak memperbaharuinya.
Sebagai contoh, sepasang suami isteri
Muslim yang berpendidikan tinggi dan
moden mendapati anak mereka sakit
demam yang berpanjangan walaupun
sudah banyak kali berjumpa doktor. Tanpa
berfikir panjang mereka mengesyaki anak
mereka terkena sampuk syaitan atau
perbuatan orang yang mana kebetulan
juga mereka tidak berapa baik dengan
jiran sebelah rumah.
Maka pasangan tersebut telah membawa
anak mereka berjumpa bomoh.
Memandangkan pasangan tersebut orang
kaya, maka adalah sukar seorang bomoh
untuk mengatakan ‘anak mereka sakit
biasa saja’ , peluang terbaik untuk
mendapat income lebih ialah mengatakan
‘anak anda kena buatan orang’ .
Itulah cara pemikiran kolot orang Islam,
sudah belajar tinggi-tinggi masih mencari
bomoh yang tiada sijil SIRIM itu. Begitulah
juga tentang hal ehwal Dajjal . Umat Islam
masih memikirkan Dajjal seperti berikut ;
A. Gambaran paling kolot !
Digambarkan bermata satu dan
bertanduk serta berbadan besar.
Digambarkan sebagai raksasa yang
ganas.
Digambarkan seperti raksasa yang
berjalan di atas permukaan bumi
dan memijak semua rumah-rumah.
B. Gambaran kolot !
Dajjal digambarkan orang bermata
satu yang datang dengan tentera-
tenteranya di atas satu kapal
angkasa.
Dajjal digambarkan memaksa setiap
orang yang dijumpainya supaya
mengaku dirinya sebagai tuhan.
Dajjal digambarkan suatu manusia
yang berperwatakan ganjil dan
keadaan fizikalnya yang menakutkan
serta suka membunuh semua orang
yang dijumpainya.
Setelah berfikiran seperti A dan B, umat
Islam secara sendirinya cuba membentuk
pula jalan penyelesaian masing-masing
terhadap persoalan, “ apa aku nak buat
jika Dajjal datang kepada ku?”
Berikut pemikiran kolot umat Islam
tentang jalan penyelesaian menghadapi
Dajjal;
A. Penyelesaian paling kolot !
“Apa aku nak takut! Jika dia paksa
aku, aku tetap akan berlawan jika
aku mati nanti, aku akan mati syahid
macam sahabat nabi“
“Aku akan pastikan tempat
persembunyian aku tidak diketahui
Dajjal.”
“Aku akan pastikan tempat
sembunyi aku di bawah tanah
kerana rasaksa Dajjal itu tak boleh
nampak dengan jelas”
B. Penyelesaian kolot !
“Kalau Dajjal suruh mengakui dia
sebagai Tuhan, aku akan angguk saja
supaya dia tak bunuh aku. Tetapi
hati aku tetap akan berniat dia
bukan Tuhan, kalau tidak murtadlah
aku.”
“Kalau Dajjal paksa aku mengakui dia
sebagai tuhan, baik aku ikut sahaja.
Lepas tu kalau aku jadi orang dia,
aku akan cari peluang bunuh dia.”
Itulah pemikiran-pemikiran kolot yang
dapat penulis kumpulkan. Dan banyak lagi
pemikiran kolot yang tak dapat penulis
tuliskan kerana terlalu banyak yang
merapu dan tidak masuk akal.
Gaya Berfikir Kolot Memudahkan Kerja
Dajjal?
Jika umat Islam mempunyai fikiran seperti
A dan B, manakala jalan penyelesaian juga
seperti A dan B, seronoklah Si Laknat itu.
Mungkin ada yang memikirkan bahawa
Dajjal tidak tahu cara berfikiran kolot di
atas. Mana mungkin tidak! Dajjal
dimudahkan oleh Allah SWT untuk
melakukan kerja-kerja terkutuknya.
Dajjal ditakdirkan Allah untuk mendapat
bantuan dari Iblis dan sekutu-sekutu
syaitan. Di dalam diri manusia mempunyai
nafsu yang sememangnya dikuasai oleh
syaitan untuk menyesatkan iman kita.
Memandangkan gerak kerja Dajjal dibantu
syaitan dan Iblis adalah tidak mustahil apa
yang difikirkan manusia dilaporkan oleh
syaitan untuk tujuan kajian Dajjal.
Dajjal akan mengumpulkan semua
pemikiran manusia untuk dibuat satu
kesimpulan yang khusus. Jika sekiranya
Dajjal mendapat maklumat bahawa 90
peratus golongan remaja meminati dunia
hiburan atau lebih cenderung kepada
muzik. Maka Dajjal akan melaksanakan
suatu bentuk penyelidikan bagaimana
untuk mempengaruhi pemikiran remaja
melalui muzik.
Dengan bantuan syaitan ini, Dajjal lebih
mudah juga untuk memikirkan bagaimana
untuk menerapkan nilai-nilai kesyaitanan
dan pemujaan terhadap dirinya melalui
muzik dan hiburan. Untuk memaksa
manusia menyembah Dajjal secara terang-
terangan adalah sukar, kerana masing-
masing mempunyai agama sama ada
Islam, Kristian, Yahudi atau sebagainya.
Tetapi untuk membuat manusia
mengakuinya sebagai tuhan tanpa
manusia sendiri sedari adalah suatu
perkara yang mudah. Jika aspek hiburan
adalah senjata, maka hiburanlah yang
perlu kita ambil peduli dan berhati-hati.
Ingatlah wahai saudara-saudara sekelian,
raksasa atau makhluk aneh yang anda
tunggu-tunggu tidak akan kelihatan
sampai bila-bila. Apa yang pasti, yang
akan muncul nanti ialah seorang manusia
yang kelihatan normal, berpendidikan,
prestij, berkaliber dengan gaya ahli politik
yang luar biasa. Manusia itu bernama
Dajjal. Kenyataan ini telah banyak
dibahaskan oleh kebanyakan pemikir-
pemikir Islam dan Barat.

Cara ia memunculkan diri dan hari
kemunculannya tidak diketahui melainkan
konco-konconya yang terdiri dari kalangan
pemimpin-pemimpin beberapa negara
Eropah, billionaire dan ketua agama
Yahudi. Saat ia muncul, semua umat Islam
tidak menyedari kerana umat Islam masih
memperhatikan manusia yang bermata
satu, berbadan besar dan tertulis KAFIR di
dahinya. Semua itu tidak kelihatan.
Walaupun hadis mengatakan Dajjal
dengan ciri-ciri mata satu, berbadan besar
tetapi semua itu boleh diubah Dajjal cuma
hanya pada keadaan tertentu yang
menampakkan ia begitu. Dan itulah
tujuan hadis disabdakan, untuk dikaji dan
diselidiki bukannya difahami secara luaran
sahaja.
 
Hanya yang dapat mengenali Dajjal adalah
konco-konconya dan ulama-ulama yang
zuhud yang mana mereka dapat menghidu
bau bencana akhir zaman ketika
kemunculannya itu.
Adakah Hiburan Senjata Ampuh
Dajjal ?
Ya, telah terbukti bahawa dunia berubah-
berubah secara serentak dari segi fesyen
dan alunan muzik melalui dunia hiburan.
Bermula dengan agogo, twist, rock N roll,
rock metal, hard rock, rap, reggae
hinggalah sekarang ini semuanya berlaku
secara serentak. Menghairankan ! Yakni
apa yang berlaku di negara maju sama ada
cara muzik dimainkan atau cara
berapakaian semuanya diikuti oleh
negara dunia kedua dan ketiga.
Dan sekarang ini, suatu era baru yang
diketengahkan Dajjal melalui konco-
konconya di Hollywood ialah ‘hiburan
realiti’. Rancangan bercorak ‘realiti’
semakin menular malah lebih cepat dari
virus H5N1 (Birdflu) ke dalam umat
Islam. Tak perasankah anda? Anda tentu
perasan…semua ini dilihat berlaku dengan
cepat dan Akademi Fantasia yang penuh
maksiat dan fantasi itu menjadi pelopor
sebelum Malaysian Idol dibawa masuk.
Seperti yang kita ketahui, konglomerat
hiburan dalam Malaysia adalah dikuasai
bangsa asing termasuklah semua stesen
TV (kecuali RTM). Maka seharusya kita
berwaspada dengan dakyah Dajjal semua
ini. 

Na’uzubillahiminzaalik…

Sunday, 21 October 2012

Sunday, 20 May 2012

New world order


Illuminati adalah salah satu daripada 'secret societies' yang dikomersilkan untuk menutup pertubuhan elit peringkat tertinggi sejak modus operandi Dajjal Laknatullah diketahui. Gemar mewujudkan beratus-ratus 'secret societies' atau kelompok rahsia yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Di bawah ini adalah tersenarai 13 keturunan Illuminati yang berpengaruh dan elit. Mereka adalah keluarga terpilih untuk menjadi hamba pengikut Dajjal bagi menjalankan pelbagai kegiatan subversif di merata dunia. Ini adalah kajian seorang pengkaji, mungkin ada lagi keturunan Illuminati yang terpilih tetapi walau apapun tindakan Dajjal The AntiChrist (anti Nabi Isa a.s sebenarnya), tindakannya pasti dibongkar oleh Yang Maha Mengetahui. Setiap perancangan 'The Hidden Hand'/Dajal/The false Messiah adalah dalam pengetahuan Allah s.w.t, tidak kira yang sebelum, sekarang dan akan datang.


13 Ghost bloodlines Chart


13 keturunan Illuminati itu ialah:

The Astor Bloodline 
The Bundy Bloodline
The Collins Bloodline
The DuPont Bloodline
The Freeman Bloodline
The Disney Bloodline
The Merovingian Bloodline
The Kennedy Bloodline
The Li Bloodline
The Onassis Bloodline
The Reynolds bloodline
The Rockefeller Bloodline
The Rothschild Bloodline
The Russell Bloodline 
The Van Duyn Bloodline

Keturunan Illuminati ini terpilih disebabkan kemahiran mereka atau pengetahuan yang dimiliki oleh mereka yang dapat digunakan dan dimanipulasikan oleh Dajjal Laknatullah bagi melicinkan kerjanya. Rockefellermisalnya berpengaruh dalam bidang perniagaan minyak (Standard Oil, Exxonmobil) dan Rothschild diketahui umum menguasai kewangan dan perbankan. Keluarga lain misalnya Collins pula dihormati kerana darah keturunannya yang mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan, dengan kata lain diperlukan sebagai rahib Iblis bagi upacara ritual Illuminati.

Ada satu keturunan Illuminati yang berbangsa Cina dalam senarai di atas. The Li Bloodline. Wakilnya dekat sahaja dengan kita.beliau adalah Lee Kuang Yew pemerintah singapura satu ketika dahulu..!jika anda mengimbas saat saat yang anda lalui ketika masa lalu
jawapannya bakal anda temui..salam

the truth will set us free

Sunday, 13 May 2012

secret behind Facebook
the truth will set us free

Saturday, 28 April 2012




Dajal Laknatullah Al-Masih Al-Muntazhor, manusia
berwatak syaitan yang menjalankan pelbagai fitnah
di muka bumi.Di antara ciri-ciri yang ada pada diri
seorang HAMBA SURUHAN DAJAL' adalah seperti
berikut:

'mindcontrol'
Hamba-hamba suruhan Dajal majoritinya telah
dikawal mindanya.Sekurang-kurangnya mereka
telah di'brainwash' kalau tidak dikenakan program
mindcontrol yang lebih jauh.
Terdiri dari orang pintar dan berkedudukan
Jangan fikir hamba-hamba suruhan Dajal adalah
orang-orang yang tiada kelulusan atau orang
miskin yang tinggal di penempatan setinggan,
tidak...tidak sama sekali. HAMBA SURUHAN DAJAL
ADALAH ORANG-ORANG PINTAR DAN
BERKEDUDUKAN TINGGI.Genius,cendekiawan,ahli
politik,ahli perniagaan,'top student',pemimpin-
pemimpin kerajaan,para jeneral
tentera,profesor,peneraju industri,doktor,saintis
dan seterusnya... adalah orang-orang pilihan
Dajal.Siapa yang nak tertarik dengan propaganda
Dajal kalau 'frontman'nya adalah mat rempit yang
ketagihan ganja?Fikir.Dajal Laknatullah adalah pakar
dalam mengkomersilkan imejnya.
Menjadi anggota pertubuhan
Hamba-hamba Dajal ini majoritinya akan
menganggotai salah satu pertubuhan Dajal sama
ada yang kecil atau yang besar.Sudah dijelaskan
sebelum ini bahawa pertubuhan Dajal adalah terlalu
banyak.Sudahlah banyak, bermacam-macam
pulak tema
pertubuhannya.Kebajikan,makanan,pelarian,buruh,kesih
atan,pekerjaan,hak asasi wanita dan
seterusnya...ini bertujuan untuk mengaburi mata
dan fikiran awam.Menjadi anggota pertubuhan ini
kadangkala satu imej yang prestij pula dikalangan
hamba-hamba suruhan yang dungu ini.Contohnya
seperti menjadi ahli kelab-kelab kebajikan
Freemason (contoh Rotary Club) yang disifatkan
kelab orang-orang berkedudukan tinggi dan
'gentleman'.Padahal mereka menjadi sebahagian
perancangan 'Master of Puppet' yang mengawal
kelab-kelab mereka.Kelab-kelab mereka
menganjurkan kebajikan dan derma,tetapi para elit
mereka yang duduk di atas merancang perang dan
keganasan,membiakkan pornografi dan mengedar
dadah.
Berpenampilan menarik dan kemas
Hamba-hamba suruhan Dajal kebanyakannya
mempunyai rupa paras yang menarik,personaliti
yang menghiburkan dan imej yang
mantap.Mereka pandai 'menjual' diri di mana-mana
saja.Percakapan mereka memukau dan pandai
mengkomersilkan diri mereka sendiri.Mereka
biasanya terdiri dari para pemimpin politik,peneraju
industri (termasuk usahawan,ahli
perniagaan,teknokrat),artis dan industri hiburan
(penyanyi,pelakon,model) dan personaliti
masyarakat (aktivis dan pejuang isu).
Inilah kriteria yang dimahukan oleh Dajal
Laknatullah.Masyarakat awam mudah tertarik dan
terpengaruh dengan orang-orang seperti ini
berbanding orang-orang yang kurang menarik
penampilannya (maaf,seperti orang yang cacat
atau hodoh).Tetapi perlu diingat,selagi trend
menginginkan begitu maka begitulah strategi
Dajal.Mungkin di lain zaman masyarakat suka
kepada yang hodoh-hodoh,maka tak mustahil
Dajal Laknatullah akan menukar strategi.Dajal akan
mengkaji trend yang berputar di kalangan
masyarakat,kemudian dialah yang menjadi
'trendsetter'.
'Multiracial'
Hamba-hamba suruhan Dajal adalah berbilang
kaum,bangsa,agama dan datang dari pelbagai
negara.Selagi seseorang itu dapat dipergunakan
dan diperkotak-katikkan,maka dia layak menjadi
hamba Dajal Laknatullah tidak kira dia dari bangsa
apa atau negara mana.Dajal tidak bersikap
rasis.Jangan bimbang.Jangan hairan bila seorang
pegawai tentera China contohnya menganut faham
Kabbalah dan mistik sesat.
Atau ahli politik dari Argentina suka membaca
buku-buku okultisme Dajal dan menyembah
Lucifer.Atau artis dari Brunei menganut fahaman
Talmud dan 'illumination'.Dajal Laknatullah adalah
SEORANG YANG BERSIFAT GLOBAL.Sebab itu dia
mengasaskan faham GLOBALISASI dahulu.Jika ada
bangsa yang akan menjadi superpower dan
banyak kemahiran dan kebolehan,maka jaga-jaga!
Bangsa itu akan menjadi sasaran Dajal untuk
diperkudakan.Ini menjelaskan mengapa operasi
Dajal banyak tertumpu pada sebelah Barat (pada
masa kini kebijakan dan pengetahuan berputar-
putar di sana).Apa yang boleh diharap dari bangsa
yang lembab dan pemalas?Dajal tidak akan
membuang masa dengan mengambil kuli-kulinya
dari bangsa yang lembab dan kurang cerdik
ditambah dengan sikap malas dan bersikap 'cukup
makan'.Sampai kiamat pun tak menjadi apa yang
dirancangkan.Sebagai contoh dan pengetahuan
tambahan,di dalam Al-Quran yang mulia telah
banyak menggambarkan sifat-sifat bangsa.Kaum
Nasrani telah digambarkan di dalam Al-Quran
bahawa 'kaum yang pandai membuat barang-
barang'.Yahudi pulak 'licik dan banyak tipu
helah'.Nah!Siapa yang mendominasi industri dan
pelbagai bidang pengetahuan dalam dunia hari ini
kalau tidak orang-orang Kristian?
Siapa yang mendominasi wang dan bank-bank
kalau tidak Yahudi?Sekarang ini kaum-kaum dari
ras mongoloid (Cina,Jepun,Korea) pula sedang
bangkit dalam banyak bidang.Nah!Dajal sudah
lama nampak kenyataan itu dan sebab itu seorang
yang terhormat dari kaum Cina diterima sebagai
salah seorang dari 13 keturunan
Illuminati,pertubuhan yang menjadi 'front' kepada
komersil dan imej popular Dajal.Trilateral
Commission pula dibentuk bagi mengimbangi
kuasa Jepun.Bangsa Korea pulak dilaga-lagakan
sehingga ramai yang mati dan menderita.Saudara
sebangsa bermusuhan berpuluh-puluh tahun
sehingga berpecah menjadi Korea Utara dan Korea
Selatan walaupun mereka sebangsa!SEKARANG
ANDA SUDAH NAMPAK PERANCANGAN DAJAL
LAKNATULLAH INI?Jangan sangka anda dari
bangsa yang bijak pandai dan cekap mencari harta
dunia tapi sebenarnya andalah yang Dajal
Laknatullah cari-cari!Sesuai benar untuk dijadikan
hamba suruhan,kuli dan pencacai pengangkat
najis!!
Terdapat bangsa lain yang akan bangkit di masa
depan.Tapi Tuhan sedang tidurkan bangsa
itu.'Ditidurkan' dengan bermacam-macam elemen
yang membuatkan Dajal Laknatullah tidak berminat
dan berselera langsung nak mengacau bangsa
ini.Tapi sejak kebelakangan ni Dajal makin sedar
potensi bangsa ini.Keanehan dan misteri yang
menyelubungi bangsa ini membuatkan Dajal
kembali menyelongkar kitab-kitab lama,manuskrip
kuno,perjanjian-perjanjian dan ramalan-ramalan
tidak kira dari sumber non-Islam atau Islam (perlu
diingat,Dajal memang mengkaji Al-Quran sebagai
salah satu sumber rujukan dia dan dia amat
menghormati al-Quran bukan sesetengah orang
Islam yang tidak ambil peduli malah sanggup
menghina AlQuran sampai tahap membakar dan
memijak AlQuran).Tetapi ini kisah dan bab lain
yang amat panjang untuk diceritakan di sini.
Dungu
Ya,hamba-hamba suruhan Dajal memang bijak-
bijak belaka tetapi DUNGU.Sama ada ini kesan dari
kaedah mindcontrol atau dia sendiri yang
membingungkan dirinya sendiri.Dungu di sini
bukan bermaksud tidak bijak,tetapi bermaksud
tidak dapat melihat kebenaran yang
tersembunyi,tidak dapat menganalisis dan
mensintesis semua persoalan yang berputar di
sekelilingnya.Mungkin dia sedar tapi cuba mencari-
cari alasan lain untuk menutup keraguannya.Dia
tidak mampu hendak membuat perbandingan dan
tidak berupaya menjalankan kajian lanjut tentang
'anomalies' dan kepelikan yang dia sendiri sukar
nak menjawabnya.Mungkin ini telah bertembung
dengan sistem kepercayaan yang telah lama
dianutnya,hasil dari pendidikan sistem Dajal secara
langsung atau tidak langsung.Mereka memanglah
ada di antaranya cendekiawan dan berkelulusan
tinggi tapi minda mereka seakan-akan telah
tertutup untuk menerima kebenaran.Ini adalah hasil
dari 'mind split' (sila rujuk kaedah mindcontrol
Projek Monarch) di mana individu ini pakar dalam
sesuatu bidang tapi bodoh dalam bidang yang
lain.Sudahlah begitu mereka ini pulak tidak mampu
nak mengaplikasikan kepandaian mereka dalam
mencari kebenaran dan erti kehidupan mereka
sendiri.Sebab itu ada di antara mereka yang
akhirnya membunuh diri dan ramai yang
menghidap trauma dan masalah psikologi.
ADA DI ANTARA MEREKA INI ADALAH PEMIMPIN
GERAKAN ISLAM.Ya,mereka ada yang menjadi
pemimpin yang dilabelkan 'Islam'.Tetapi itu adalah
imej sahaja.Padahal sebenarnya para pemimpinlah
yang ramai menjadi 'pet' (haiwan peliharaan) Dajal
tidak kira dia Islam atau tidak.Bagaimana seorang
Islam menjadi kuli Dajal itu adalah perkara lain
seterusnya.
Mudah dicucuk hidung ke sana sini
Mereka adalah bertaraf hamba.Seorang hamba
suruhan tidak berhak mempersoalkan
tuannya.Maka mereka tidak ada hak untuk
memilih.Tuannya akan pilihkan untuk mereka.Tuan
kepada hamba-hamba dungu ini,yakni Dajal
Laknatullah akan memilihkan ideologi,istilah,terma
dan tema,strategi,matlamat,objektif dan
perancangan hatta makanan,pakaian dan agama
sekalipun [jika Dajal memerintahkan berbogel
mereka akan bertelanjang bulat,jika disuruh
minum arak dan menikmati daging anjing dan babi
pun mereka sanggup demi kebendaan materialistik
(rujuk 'gunung roti dan sungai ' yang dikendong
Dajal dalam hadis nabi) yang ditawarkan oleh Dajal
yang semestinya kaya-raya melebihi bilionwan
bertaraf Forbes].Mereka akan menyalak terpekik
terlolong mengikut arahan Dajal.Mereka akan
menari dan terhinggut-hinggut terlompat-lompat
mengikut gendang dan irama yang dimainkan oleh
Dajal Laknatullah.Ya,memang hairan sebab mereka
sebahagian besarnya terdiri dari bijak pandai,tetapi
sebenarnya mereka kosong jiwanya.Sebab itu
mempunyai otak yang genius tidak cukup.Jiwa
yang mantap dan rohani 'bijak' adalah amat-amat
perlu untuk membaca semua muslihat Dajal
Laknatullah.
'Liberal'
Mereka adalah pendukung liberalisasi dan segala
trend komersil Dajal.Liberal adalah falsafah Dajal
Laknatullah.Maksud liberal yang paling mudah
adalah "tidak terlampau mengikut prinsip anda dan
sederhanakan ideologi anda".Nah!jika anda seorang
Islam,jangan terlampau mengikut prinsip agama
anda,relax man...sebab itu ada istilah 'Islam
Liberal'.Maksudnya Islam yang telah
'disederhanakan' mengikut trend Dajal dan budaya
popular kelolaan Dajal Laknatullah.Buang yang tidak
perlu dan dianggap 'ekstrem' dan
'fundamental'.Dahulu orang Islam yang tidak
memenuhi kriteria Dajal dicop 'fundamentalist'
dalam media-media milik Dajal.Kini orang Islam
dicop 'terrorist'.'Orang Islam' yang disayangi dan
ditimang-timang Dajal adalah para Islam Liberal
(tidak kira apa jua istilah mereka), modenis
Islam,sekularis Islam dan apa jua label Dajal tapi
dihujungnya ada perkataan 'Islam' hatta Nazi Islam
dan Komunis Islam pun boleh jika mampu
mendukung aspirasi Dajal.INILAH JAWAPAN
BAGAIMANA SEORANG ISLAM MENJADI HAMBA
PENCACAI DAJAL LAKNATULLAH.
'Trendy'
Mempunyai sikap (attitude) 'trendy' adalah ciri-ciri
hamba-hamba suruhan Dajal.Trend adalah rahsia
operasi Dajal.Pada zaman kuno,ajaran mistik dan
pagan menjadi trend masyarakat dunia.Di sana
sini,manusia mendirikan kultus-kultus memuja
dewa-dewi mereka.Sihir adalah ilmu yang
dihormati sebab itu para tukang sihir menjawat
jawatan eksekutif dalam pentadbiran Firaun Mesir
dan Babilon Kuno.Oleh itu para kuli pencacai Dajal
di masa itu adalah terdiri dari tukang-tukang sihir
berkemahiran tinggi dan mempunyai kelulusan
dalam bidang sihir,astrologi,mistik sesat dan
pengetahuan paganisme yang diiktiraf oleh Dajal
Laknatullah.Mereka inilah menjadi 'runner' dalam
masyarakat ketika itu.Paganisme,animisme
(kepercayaan menyembah alam semulajadi),ajaran
dewa-dewi telah mendominasi trend dunia ketika
itu.Kini apabila tahap kesedaran manusia makin
tinggi,Dajal juga mengubah modus
operandinya.Tabiat manusia pada masa kini makin
terpelajar,jadi Dajal telah mencipta pelbagai ideologi
yang mencabar akademik
manusia.Komunisme,Fasisme,Kapitalisme,Liberalisme
dan isme-isme lainnya diciptakan oleh Dajal bagi
memporak-perandakan sistem pemikiran
manusia.Masyarakat boleh memilih salah satu
ideologi ciptaan Dajal ini tapi tidak sesekali
Islam.Islam di luar senarai dan selamanya tidak
akan masuk carta 'top 100' billboard Dajal
Laknatullah.Jadi hamba-hamba suruhan Dajal ini
amatlah bersikap trendy dengan trend yang
berputar di dunia masa kini hatta jika suasana
makin islamik sekalipun,Dajal selaku pakar
manipulasi situasi akan melantik hamba-hamba
suruhannya yang berperawakan alim,pejuang
Islam,sederhana dan cintakan kedamaian
kononnya padahal mengikut telunjuk Barat dan
tidak ada rasa sensitif pun dengan isu-isu berkaitan
Islam dan umat Islam.Bersikap 'trendy' ini bukan
semata-mata pakaian dan fesyen tetapi ideologi
sekali.
Kepercayaan

Hamba-hamba suruhan Dajal pada dasarnya
menganut pelbagai kepercayaan.Ada yang
Kristian,Buddha,Yahudi hatta Islam sekalipun.Tetapi
itu adalah asasnya sahaja.Asasnya sahaja di mana
yang paling penting akhir dari tugas-tugas mereka
akan mendukung agama menyembah Iblis dan
syaitan.Dalam sistem kepercayaan juga Dajal telah
membangunkan hierarki:
-Para kuli bawahan terdiri dari pelbagai anutan
agama termasuk Islam,kuli jenis ini memang
menganut agama mereka masing-masing tetapi
secara sedar atau tidak mereka menjalankan kerja-
kerja kotor bagi pihak Dajal Laknatullah.Orang
Islam yang dungu layak pada peringkat ini.
-Para kuli pertengahan,mereka juga menganut
kepercayaan masing-masing tetapi dicampur aduk
dengan pelbagai ajaran pagan dan mistik sesat
yang tidak ketahuan punca.Mereka pada peringkat
ini berkeupayaan membuang mana-mana prinsip
agama asal mereka yang dirasakan tidak sesuai
dengan trend Dajal Laknatullah.
-Para kuli peringkat tinggi,pada peringkat ini
mereka mula mengamalkan sihir;ciri penting
agama Iblis.Mereka memuja lambang-lambang
suci dan 'magic'.Sacred Geometry dan Magic
Number adalah asas kepada astrologi sesat yang
dianut mereka.Sihir adalah tunjang kehidupan
mereka.Ada sebahagian dari mereka masih
berimejkan agama masing-masing atas tujuan
tertentu.Tetapi hanya elemen-elemen sesat sahaja
yang mereka kekalkan,elemen positif dan murni
dari ajaran agama asal mereka selagi tidak selari
dengan kehendak tuan mereka si Dajal
Laknatullah,maka akan dicampak jauh-jauh.
-Para kuli tahap elit,pada tahap ini mereka
menyembah Iblis sepenuhnya.Sihir hanyalah ilmu
yang kecil sahaja pada tahap ini.Di sini mereka
dikatakan menemui
'Illumination' (pencerahan).Mereka dapat
berinteraksi dengan syaitan dan ya...tentu sekali
dengan Dajal Laknatullah.Mereka akan diajar rahsia
alam,asal-usul makhluk dan sejarah alam semesta
(mengikut sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh
Iblis Laknatullah selaku Guru Utama bagi Dajal
Laknatullah).Antara hasil dari pelajaran (contoh
yang popular) yang diterima oleh para pengikut
tahap ini adalah kitab iblis Secret Doctrin oleh H.P
Blatvasky dan ajaran Theosofi,ibu kepada gerakan
New Age pada hari ini.
-Para kuli tahap 'Grand Illumination'-Ini adalah
peringkat pembantu setia Dajal Laknatullah dan
hampir-hampir kepada pertemuan dengan Iblis
Laknatullah.Mereka ini akan diajar sukatan pelajaran
yang berlainan dari yang diterima oleh para hamba
peringkat bawah dari mereka.Setelah mendapat
pengetahuan baru ini (Grand Illumination),maka
pengetahuan 'illumination' yang diterima oleh
hamba-hamba di bawah peringkat mereka
hanyalah pembohongan semata-mata (hoax) dan
menjadi gelak ketawa para kuli Dajal peringkat
ini.PADA PERINGKAT INI BARULAH MEREKA TAHU
MUSUH SEBENAR YANG PERLU MEREKA
HAPUSKAN.Mereka juga belajar mengenai Tuhan
yang mencipta Iblis dan Dajal sendiri,Tuhan yang
mencipta alam semesta dan segala makhluk.DAN
MISI MEREKA IALAH BERUSAHA UNTUK
MENGALAHKAN TUHAN INI.Inilah misi terahsia
yang paling penting.
INGAT,PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI MANUSIA
BUKAN BERURUSAN DENGAN MANUSIA LAGI
SEBAGAI MUSUHNYA,TETAPI IBLIS...
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlu diingat.Ada diantara orang Islam yang keliru
sehingga para Ulama pun mereka kata kakitangan
kejahatan dan 'syaitan bisu'.Ya,inilah yang
dikehendaki Dajal Laknatullah.Keliru,keliru dan keliru
sehingga akhirnya menjadi HAMBA SURUHAN
DAJAL tanpa disedari.Jika anda merasa keliru
dengan situasi yang berlaku pada hari ini,sehingga
tertanya-tanya "Siapa yang benar sebenar-
benarnya???!!"
Maka ambillah AlQuran dan bacalah...
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan dirimu
dari setitis air mani yang hina (tiba-tiba menjadi
penentang yang nyata!pulak tu)
Bacalah AlQuran yang mulia,yang menjadi
petunjuk kebenaran
Dan rujuklah hadis Rasulullah s.a.w...Inilah
Kombinasi paling berkuasa.
Jangan ambil AlQuran dan buang hadis Nabi,atau
ambil hadis nabi buang AlQuran
Anda kena gabungkan kedua-duanya.
Jangan asyik bertanya perkara yang remeh-temeh;
"AlQuran tak sebut pun?"
"ayat mana yang sebut macam tu?"
"ada ke nabi cakap sebiji (sejibik) macam tu"
Fikir jika AlQuran menyebutkan perkataan
'Illuminati','Dajal',Freemason...maka makin kelirulah
orang Arab Jahiliah di masa itu dan makin
bertambahlah mereka menolak agama Islam yang
dibawa oleh nabi.Sudahlah nabi dianggap gila
walaupun dengan ayat-ayat AlQuran yang sifatnya
mudah dan berulang-ulang pula ayatnya,inikan
pula bercerita bab globalisasi,konspirasi atau Jesuit
contohnya sudah tentu Rasullullah s.a.w akan
dicop syaitan atau setidaknya tukang sihir atau
makhluk asing dari planet Zargus (sebagai
contoh).Samalah seperti jika AlQuran
menyebutkan perihal lampu jalan,komputer,kereta
dan sebagainya sudah tentu orang Arab padang
pasir hatta unta-unta mereka pun terbingung-
bingung dengan repekan Rasullullah s.a.w ini.
FIKIR...FIKIR...
Sekarang inipun dari kalangan umum yang
terpelajar pun sudah mengetahui perihal surah Al-
Anbiya yang mengandungi ayat memperihalkan
masalah 'Big Bang'.Tetapi kita nampak yang
AlQuran tidak menyebutkan terlalu
terperinci.Dengan gaya yang bersahaja dan
bijak,AlQuran bercerita tentang Big
Bang,relativiti,dimensi hatta nebula tanpa
memeningkan manusia merentasi zaman-
berzaman.Kebenaran AlQuran akan terserlah
mengikut penemuan dan pengetahuan manusia
melalui kebijakan manusia dari zaman ke
zaman.Manusia yang terkini akan nampak
kebenaran AlQuran dan dapat mendekodkan
ertinya berbanding manusia sebelumnya yang
kekurangan pengetahuan sains.Inilah keunggulan
AlQuran.ALQURAN BERBICARA MELALUI
PETUNJUK-PETUNJUK BUKAN HUJAH TERPERINCI
YANG MELERET-LERET DENGAN ISTILAH YANG
PELIK-PELIK. Petunjuk-petunjuk.
Sebab itu AlQuran
selalu diertikan sebagai "petunjuk" (atau clue...)
"...Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah
petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika
kamu mengikuti kemauan mereka setelah
pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak
lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-
Baqarah: 120).
"Musa berkata: 'Tuhan kami ialah Zat yang telah
memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk
kejadiannya, kemudian memberinya
petunjuk'." (QS 20:50)
"Yang menciptakan dan menyempurnakan
(penciptaan) Nya. Yang memberikan ketentuan dan
petunjuk."
"Menunjukkan kepada kebenaran dan jalan yang
lurus." (QS 46:30)
"Kami telah mendatangkan sebuah kitab kepada
mereka, yang Kami jelaskan dengan pengetahuan,
sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang
yang beriman. Tiadalah mereka itu menunnggu
kecuali takwilnya. Pada hari datangnya takwil itu,
orang-orang yang telah melupakannya
sebelumnya itu berkata: 'Rasul-rasul yang diutus
Tuhan kami telah datang dengan membawa
kebenaran'. " (QS 7:52-53)
Dan banyak lagi ayat yang memperihalkan
AlQuran sebagai petunjuk bagi manusia.Jadi
rujuklah AlQuran dan Hadis selalu untuk membaca
senario dunia hari ini.

the truth will set us free