Thursday, 2 February 2012


Haarp(Conspiracy)

They say project HAARP is for research. They say it's for communications. But the real motive is much more sinister.

Isu konspirasi HAARP hangat dibincangkan di internet di seluruh dunia. Namun, di Malaysia ia bagaikan suam-suam kuku. Tidak tahu dimana silapnya, mungkin ramai belum sedar betapa isu konspirasi HAARP mungkin akan menggegarkan buat berapa ketika nanti sepertimana isu fenomenaSupermoon beberapa minggu yang lalu.

HAARP yang dikatakan bertanggungjawab dengan pelbagai bencana alam telah membangkitkan kemarahan beberapa negara di dunia seperti China, Venezuela serta Rusia. Namun, pembina teknologi HAARP iaitu Amerika Syarikat mendiamkan diri seribu bahasa. Mereka tidak pula mengia apatah lagi menafikan isu berkaitan HAARP ini.

Kata-kata pedas daripada Presiden Venezuela iaitu Hugo Chavez yang mengaitkan HAARP dengan gempa bumi Haiti 2010 langsung tidak dijawab oleh Barack Obama. Bergitu juga kritikan daripada media dan saintis daripada China yang mendakwa HAARP telah mencetus gempa bumi yang kuat di Sichuan, China pada 2008. Antara percaya atau tidak, nama-nama besar seperti Hugo Chavez sendiri telah percaya Amerika Syarikat sedang berusaha mewujudkan satu teknologi yang sangat memberhaya kepada umat manusia seluruh dunia.

HAARP penyebab kemusnahan di seluruh dunia?

Antara sedar atau tidak, dunia sekarang sudah tidak selamat lagi. Kebelakangan ini, bergitu banyak gempa bumi, banjir besar, taufan dan lain-lain bencana melanda di seluruh dunia. Terbaru, banjir besar telah melanda di selatan negara Thailand. Sebelum itu, gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter telah menggegarkan negara Myanmar. Malaysia yang dikatakan negara paling selamat juga terkena tempias tsunami dan gempa daripada negara jiran. Ketika gempa bumi pada 26 Disember 2011 yang mengakibatkan tsunami telah menggegarkan bumi Malaysia buat beberapa saat. Bagaimana ia boleh menjadi bergitu ekstrim? Adakah bumi sudah uzur atau ada dalang yang menyebabkan ia berlaku?

Apa itu HAARP?
HAARP adalah singkatan bagi High Frequency Active Aurora ResearchProgram. HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska danDefense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
Pemancaran denyutan berfrekuensi tinggi ini dikaitkan dengan pelbagai bencana alam seperti banjir besar, taufan dan gempa bumi. Peralatan HAARP yang sehingga ke hari ini masih lagi misteri melainkan IRI telah juga menyebabkan satu fenomena pelik di angkasa iaitu fenomena Chemtrail atau dikenali sebagai Jejak Kimia.

Chemtrail adalah fenomena yang mengaitkan sesuatu bencana alam dengan konspirasi HAARP. Chemtrail dikatakan berlaku apabila sejenis semburan bahan kimia sengaja disebarkan melalui jet udara beraltitud tinggi. Pengkaji konspirasi mengaitkan ia dengan tindakan Amerika Syarikat untuk menghasilkan kawalan populasi, kawalan cuaca dan perang biologi.

Bukti Chemtrail yang bertujuan untuk mencetus bencana alam turut dijelaskan daripada segi ilmiah oleh beberapa pengkaji teori konspirasi. Mereka turut mendakwa HAARP adalah senjata Amerika Syarikat paling efisien untuk memusnahkan negara-negara musuhnya.

Dakwaan mereka paling mengejutkan adalah fenomena Chemtrail telah berulangkali menyebabkan salji turun ke bumi bertukar menjadi warna kuning seperti sulfur. Bergitu juga dengan kejadian hujan yang turun di Kerala,India yang berwarna kemerah-merahan pada 2001. Walaubagaimanapun, saintis daripada Amerika Syarikat menafikan setiap dakwaan mereka.

No comments:

Post a Comment